Kepimpinan Instruksi dan Pencerapan Pengajaran di Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat

Kepimpinan instruksi merupakan unsur teras kepimpinan pendidikan. Walaupun tanggungjawab utama guru ialah untuk menyampaikan pelajaran kepada murid, guru besar dan pengetua adalah bertanggungjawab tentang mutu program instruksi pada amnya dan keberkesanan pelaksanaan program Kurikulum Baru Seko...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Lee, Chong Nim
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 1991
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8863/1/FPP_1991_2_A.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kepimpinan instruksi merupakan unsur teras kepimpinan pendidikan. Walaupun tanggungjawab utama guru ialah untuk menyampaikan pelajaran kepada murid, guru besar dan pengetua adalah bertanggungjawab tentang mutu program instruksi pada amnya dan keberkesanan pelaksanaan program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) khasnya. Bagaimanapun, kajian mengenai kepimpinan instruksi guru besar dan pengetua masih kurang diusahakan di negara ini. Kajian ini merupakan satu kajian penerokaan bertujuan untuk melihat persepsi guru-guru sekolah rendah dan menengah terhadap kekerapan fungsi-fungsi kepimpinan instruksi yang dilakukan oleh guru besar dan pengetua mereka. Tinjauan juga dilakukan untuk melihat persepsi guru-guru mengenai pencerapan ke ata s pengajaran guru dalam bilik darjah. Selain daripada itu, kajian ini menyelidiki tahap kepuasan guru terhadap kepimpinan instruksi guru besar dan pengetua mereka. Sejumlah 401 orang guru dari 30 sekolah rendah dan 8 sekolah menengah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak kelompok berlapis daripada 69 buah sekolah yang mempunyai lebih daripada 1900 orang guru dalam Daerah Hulu Langat di negeri Selangor Darul Ehsan. Setiap subjek dalam sampel diminta mengisi satu soal selidik yang ditadbir oleh pengkaji sendiri. Alat kajian tersebut dipadankan dari "The Principal Management Rating Scale" oleh Hallinger (1987)•