Kepimpinan Instruksi dan Pencerapan Pengajaran di Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat
Kepimpinan instruksi merupakan unsur teras kepimpinan pendidikan. Walaupun tanggungjawab utama guru ialah untuk menyampaikan pelajaran kepada murid, guru besar dan pengetua adalah bertanggungjawab tentang mutu program instruksi pada amnya dan keberkesanan pelaksanaan program Kurikulum Baru Seko...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | أطروحة |
اللغة: | English Malay |
منشور في: |
1991
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8863/1/FPP_1991_2_A.pdf |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Kepimpinan instruksi merupakan unsur teras
kepimpinan pendidikan. Walaupun tanggungjawab utama guru
ialah untuk menyampaikan pelajaran kepada murid, guru
besar dan pengetua adalah bertanggungjawab tentang mutu
program instruksi pada amnya dan keberkesanan pelaksanaan
program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) khasnya.
Bagaimanapun, kajian mengenai kepimpinan instruksi guru
besar dan pengetua masih kurang diusahakan di negara ini.
Kajian ini merupakan satu kajian penerokaan
bertujuan untuk melihat persepsi guru-guru sekolah rendah
dan menengah terhadap kekerapan fungsi-fungsi kepimpinan
instruksi yang dilakukan oleh guru besar dan pengetua mereka. Tinjauan juga dilakukan untuk melihat persepsi
guru-guru mengenai pencerapan ke ata s pengajaran guru
dalam bilik darjah. Selain daripada itu, kajian ini
menyelidiki tahap kepuasan guru terhadap kepimpinan instruksi guru besar dan pengetua mereka.
Sejumlah 401 orang guru dari 30 sekolah rendah dan 8
sekolah menengah dipilih dengan menggunakan kaedah
persampelan rawak kelompok berlapis daripada 69 buah
sekolah yang mempunyai lebih daripada 1900 orang guru
dalam Daerah Hulu Langat di negeri Selangor Darul Ehsan.
Setiap subjek dalam sampel diminta mengisi satu soal selidik yang ditadbir oleh pengkaji sendiri. Alat kajian
tersebut dipadankan dari "The Principal
Management Rating Scale" oleh Hallinger
(1987)• |
---|