Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Atas Negeri di Pontianak, Indonesia

Kajian ini bertujuan untuk mempelajari persepsi di kalangan para pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunsel ing di sekolah menengah atas negeri di Pontianak, Indonesia. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini menggunakan soal selidik berskala Likert yang mengandungi 42 soalan yang ter...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Yusuf, Abas
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 1991
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8867/1/FPP_1991_4_A.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mempelajari persepsi di kalangan para pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunsel ing di sekolah menengah atas negeri di Pontianak, Indonesia. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini menggunakan soal selidik berskala Likert yang mengandungi 42 soalan yang terdiri daripada 33 pernyataan tentang persepsi pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah dan 9 pernyataan tentang persepsi pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Subjek kajian adalah pelajar-pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri 3 Pontianak seramai 412 orang. Didapati bahawa para pelajar menunjukkan persepsi yang positif terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Para pelajar juga menunjukkan persepsi yang positif terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam meningkatkan pencapa ian akademik pelajar. Hasil analisis data secara inferensi mendapati bahawa faktor-faktor pengetahuan pelajar tentang bimbingan dan kaunseling di sekolah, tingkatan kelas pelajar, pendidikan bapa pelajar, pendidikan ibu pelajar dan pendapatan ibu pelajar mempengaruhi persepsi pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.Manakala faktor pengetahuan pelajar tentang bimbingan pelajar dan kaunseling dan faktor tingkatan kelas guru mempengaruhi bimbingan dan persepsi pelajar terhadap peranan kaunseling dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar.