Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Atas Negeri di Pontianak, Indonesia

Kajian ini bertujuan untuk mempelajari persepsi di kalangan para pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunsel ing di sekolah menengah atas negeri di Pontianak, Indonesia. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini menggunakan soal selidik berskala Likert yang mengandungi 42 soalan yang ter...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Yusuf, Abas
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1991
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8867/1/FPP_1991_4_A.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mempelajari persepsi di kalangan para pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunsel ing di sekolah menengah atas negeri di Pontianak, Indonesia. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini menggunakan soal selidik berskala Likert yang mengandungi 42 soalan yang terdiri daripada 33 pernyataan tentang persepsi pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah dan 9 pernyataan tentang persepsi pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Subjek kajian adalah pelajar-pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri 3 Pontianak seramai 412 orang. Didapati bahawa para pelajar menunjukkan persepsi yang positif terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Para pelajar juga menunjukkan persepsi yang positif terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam meningkatkan pencapa ian akademik pelajar. Hasil analisis data secara inferensi mendapati bahawa faktor-faktor pengetahuan pelajar tentang bimbingan dan kaunseling di sekolah, tingkatan kelas pelajar, pendidikan bapa pelajar, pendidikan ibu pelajar dan pendapatan ibu pelajar mempengaruhi persepsi pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.Manakala faktor pengetahuan pelajar tentang bimbingan pelajar dan kaunseling dan faktor tingkatan kelas guru mempengaruhi bimbingan dan persepsi pelajar terhadap peranan kaunseling dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar.