Faktor-Faktor Berkaitan Dengan Kepuasan Kerja Pengetua Sekolah Menengah

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan faktor-faktor yang berkaitan dengan kepuasan kerja pengetua sekolah menengah dan mengukur kepuasan kerja pengetua dari segi beberapa faktor klasifikasi, motivator dan hygiene. Kepuasan kerja di lihat dari dua dimensi,iaitu kepuasan kerja secara keseluruhan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Mazlan
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1992
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8873/1/FPP_1992_3_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan faktor-faktor yang berkaitan dengan kepuasan kerja pengetua sekolah menengah dan mengukur kepuasan kerja pengetua dari segi beberapa faktor klasifikasi, motivator dan hygiene. Kepuasan kerja di lihat dari dua dimensi,iaitu kepuasan kerja secara keseluruhan dan kepuasan kerja secara khusus. Teori Dua Faktor Herzberg digunakan sebagai kerangka penyelidikan ini. Subjek kajian terdiri daripada 43 orang pengetua siswazah dari sekolah menengah biasa di negeri Melaka. Borang soalselidik yang digunakan terdiri daripada lima item yang berkaitan dengan latar belakang pengetua, 56 item digubal untuk mengukur faktor-faktor motivator dan hygiene, lima item untuk mengukur kepuasan kerja secara keseluruhan, dan 17 item untuk mengukur kepuasan kerja secara khusus.