Kesalahan Tatabahasa dan Tanda Bacaan Pelajar-pelajar Melayu di Peringkat Sekolah Menengah Bawah Daerah Brunei/Muara dan Daerah Tutong: Satu Perbandingan

Penyelidikan ini cuba mendapatkan data tentang kesalahan tatabahasa dan tanda bacaan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Melayu yang belajar di Tingkatan Dua, iaitu dua buah sekolah menengah dari daerah Tutong, dan dua buah sekolah menengah dari daerah Brunei/Muara. Dua bentuk ujian telah di kem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Pengiran Damit, Pengiran Mahmud
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1992
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8876/1/FPP_1992_4_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini cuba mendapatkan data tentang kesalahan tatabahasa dan tanda bacaan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Melayu yang belajar di Tingkatan Dua, iaitu dua buah sekolah menengah dari daerah Tutong, dan dua buah sekolah menengah dari daerah Brunei/Muara. Dua bentuk ujian telah di kemukakan kepada sampel, iaitu ujian menulis karangan dan ujian objektif pelbagai pilihan. Kedua-dua ujian tersebut bertujuan untuk mencari kesal ahan dalam aspek penggunaan imbuhan, penggunaan perkataan, pembentukan ayat dan penggunaan tanda bacaan. Setelah semua data diproses dan dianalisis, penyelidikan ini telah menghasilkan dapatan-dapatan dan rumusan-rumusan seperti yang berikut: (i) Dalam 200 buah karangan yang jumlah perkataannya lebih kurang 30,000 patah, didapati sampel tel ah melakukan kesalahan sebanyak 1,736. Purata kesalahan bagi setiap sampel adalah 8.68. Sementara dalam ujian objektif pelbagai pili han yang mempunyai sebanyak 10,000 soalan semuanya, didapati sampel telah melakukan kesalahan sebanyak 2,030. Purata kesalahan seti ap sampel bagi ujian ini adalah sebanyak 10.15. Jumlah kesal ahan bagi setiap sam pel untuk keduadua ujian adal ah sebanyak 18.83 kali, atau sebanyak 9.4 bagi setiap sampel untuk satu jenis ujian, (ii) Dalam ujian karangan aspek yang paling tinggi kekerapan kesalahannya dilakukan sampel ialah pembentukan ayat, iaitu sebanyak 624 atau 35.94%. Sementara dalam ujian objektif pelbagai pilihan pula didapati kesalahan aspek tanda baeaan yang paling tinggi kekerapannya, iaitu sebanyak 787 atau 38.77%.