Masalah Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu di Tingkatan Menengah Atas di Negara Brunei Darussalam

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang masal ah penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di Tingkatan Menengah Atas (Tingkatan IV), di Negara Brunei Darussalam (NBD). Menerusi kajian ini, aspek kesalahan bahasa dan jenis-jenisnya, dan kekerapan kesal ah...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Taha, Md. Daud
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 1992
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8878/1/FPP_1992_5_A.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang masal ah penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di Tingkatan Menengah Atas (Tingkatan IV), di Negara Brunei Darussalam (NBD). Menerusi kajian ini, aspek kesalahan bahasa dan jenis-jenisnya, dan kekerapan kesal ahan tersebut oleh setiap sampel/kumpulan sampel akan dapat dikenal pasti. Di samping itu, perbezaan kekerapan kesalahan bahasa berdasarkan perbezaan lokasi, jantina, tingkat pencapaian, dan status sosioekonomi sampel/kumpulan sampel dalam kajian ini akan dapat dikenal pasti juga. Untuk mencapai maksud ini, pengkaji telah memilih 10 buah sekolah menengah yang terdapat di NBD, iaitu lima buah di Daerah Brunei dan Muara, dua buah di Daerah Tutong, dua buah di Daerah Belait, dan sebuah di Daerah Temburong. Jumlah sampel kajian ini ialah sebanyak 200 orang, iaitu 100 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar perempuan. Setelah pemerosesan data dilakukan, kajian ini telah menemukan sebanyak 1,237 kesalahan ayat, 1,332 kesalahan kata, dan 607 kesalahan ejaan yang telah dilakukan oleh keseluruhan sampel. Secara purata kesalahan yang dilakukan oleh setiap sampel (kesemuanya 200 orang) ialah 6.2 kesalahan ayat, 6.3 kesalahan kata dan 3.0 kesalahan ejaan.