Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar-Pelajar Dusun

Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan memperinci pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu pelajar-pelajar suku kaum Dusun di Sabah. Kajian ditadbir ke atas sejumlah 109 pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, dalam daerah Ranau, Sabah. Kajian i...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Dani, Noor Ainah
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 1993
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8888/1/FPP_1993_3_A.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan memperinci pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu pelajar-pelajar suku kaum Dusun di Sabah. Kajian ditadbir ke atas sejumlah 109 pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, dalam daerah Ranau, Sabah. Kajian ini menggunakan karangan para pelajar yang di tulis dalam situasi pembelajaran formal, pertuturan bahasa Melayu di dalam kelas dan jawapan jawapan kepada soal selidik yang diberi di penghujung sesi kajian. Dapatan tentang analisis kandungan ke atas karangan pelajar yang dihasilkan dalam proses pembelajaran secara formal menunjukkan bahawa proses pengganti an fonem vo kal bahasa Melayu dalam aspek leksikal paling banyak dipengaruhi oleh bahasa ibunda. Dalam aspek ayat, pengaruh tersebut diw akili oleh binaan ayat yang mengalami proses pendepanan kata kerja atau kata hubung. Pengaruh seperti pemindahan bahasa ibunda paling ketara dalam aspek makna kata bahasa Melayu Selanjutnya, pemerhatian ke atas aspek pertuturan bahasa Melayu para pelajar membuktikan bahawa bunyi hentian glotis /7/ bahasa Dusun paling kerap terdapat pada kata dasar dan kata berimbuhan. Di samping itu fenomenon percampuran kod bahasa Melayu-Dusun terutama yang terdiri daripada jenis Ayat Tanya turut di kesan. Dalam proses pembelajaran secara tidak formal tinjauan telah dilakukan berdasarkan soal selidik. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa unsur ekstra linguistik bahasa ibunda yang paling dominan ialah pendedahan bahasa. Dengan kata lain, kualiti pendedahan bahasa Melayu pelajar adalah rendah. Selain itu terdapat dua strategi pembelajaran bahasa yang biasa digunakan oleh para pelajar. Pelajar-pelajar yang kerap menggu nakan bahasa Melayu sebagai bahasa seharian mengutamakan Strategi Kesediaan Melakukan Kesalahan Bahasa. Pelajar-pelajar yang jarang menggunakan bahasa Melayu pula lebih mengenali Strategi Latihan Selari.