Faktor-Faktor Peribadi dan Keluarga Yang Berkaitan Dengan Konsep Kendiri Pelajar Remaja daripada Keluarga Bercerai: Satu Kajian Kes

Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan perkaitan konsep kendiri dcngan masalah peribadi, masalah keluarga dan hubungan kekeluargaan pelajar remaja daripada keluarga bercerai. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan dalam konsep kendiri pelajar berdasarkan jantina, tempat tingga...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Suaidi, Norhayati
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 1994
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8891/1/FPP_1994_1_A.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan perkaitan konsep kendiri dcngan masalah peribadi, masalah keluarga dan hubungan kekeluargaan pelajar remaja daripada keluarga bercerai. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan dalam konsep kendiri pelajar berdasarkan jantina, tempat tinggal dan status sosioekonomi keluarga. Subjck kajian terdiri daripada 130 orang remaja daripada keluarga bercerai. Mereka telah dikenalpasti daripada biodata ibu bapa mereka yang berdaftar di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka sedang belajar di sekolah rendah dan menengah kerajaan di Kuala Lumpur, Sclangor dan Pahang. Satu set soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang profit pelajar, mereka peribadi. masalah keluarga dan hubungan kekeluargaan dalam keluarga mereka. Alat ujian "Skala Konsep Kendiri Tennessee" telah digunakan untuk mendapatkan maklumat ten tang konsep kendiri pelajar. "Senarai Semak Masalah Mooney" telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah pelajar dan "Skala Keluarga" telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang hubungan kekeluargaan.