Stail Kepemimpinan Pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri Selangor Darul Ehsan dan Kaitannya dengan Kepuasan Bekerja di Kalangan Guru-Guru

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti stail kepemimpinan pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri Selangor sebagai pentadbir organisasi sekolah dan kaitannya dengan faktor kepuasan bekerja di kalangan guru-guru. Stail kepemimpinan yang dilihat ialah kepemimpinan mengarah, kepemimpinan me...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ishak, Abdul Ghani
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 1994
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8895/1/FPP_1994_4_A.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti stail kepemimpinan pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri Selangor sebagai pentadbir organisasi sekolah dan kaitannya dengan faktor kepuasan bekerja di kalangan guru-guru. Stail kepemimpinan yang dilihat ialah kepemimpinan mengarah, kepemimpinan menyokong, kepemimpinan partisipatif dan kepemimpinan berorientasikan kejayaan. Sementara faktor kepuasan bekerja guru-guru dilihat dari faktor motivator dan higien berdasarkan faktor kepuasan bekerja Teori Dua Faktor Herzberg. Subjek kajian terdiri daripada 18 orang pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Selangor dan 289 orang guru berjawatan tetap dari sekolah yang sama. Borang soal selidik yang digunakan terdiri dari 12 item mengenai maklumat diri guru, 51 item mengenai kepuasan bekerja guru, 17 item berkaitan dengan maklumat diri pengetua dan sekolah serta 30 item berkaitan dengan stail kepemimpinan pengetua. Data-data dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan, ANOVA sehala, Ujian Scheffe dan korelasi Pearson 'r'. Secara keseluruhan keputusan kajian ini memperlihatkan bahawa pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Selangor mempunyai stail kepemimpinan yang berbeza-beza. Begitu juga di kalangan guru-guru terdapat tahap kepuasan bekerja yang berbeza dan faktor kepuasan yang berbeza. Namun tidak ada hubungan di antara faktor kepuasan bekerja guru-guru dengan stail kepemimpinan pengetua. Faktor kepuasan bekerja guru-guru hanya mempunyai kaitan yang signifikan dengan hubungan interpersonal guru-guru dan pengetua masing-masing dan rakan sejawat.