Pengaruh Faktor Bukan Akademik Terhadap Minat dan Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Prauniversiti

Kajian ini mengkaji pengaruh faktor bukan akademik terhadap minat dan penguasaan tatabahasa bahasa Melayu di kalangan pelajar prauniversiti. Sebanyak sepuluh buah sekolah di negeri Selangor dipilih secara rawak dan semua pelajar prauniversiti di sekolah tersebut menjadi responden kajian (N=415)....

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Daing Melebek, Abdul Rashid
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1997
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8975/1/FPP_1997_27_A.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini mengkaji pengaruh faktor bukan akademik terhadap minat dan penguasaan tatabahasa bahasa Melayu di kalangan pelajar prauniversiti. Sebanyak sepuluh buah sekolah di negeri Selangor dipilih secara rawak dan semua pelajar prauniversiti di sekolah tersebut menjadi responden kajian (N=415). Data kajian dikumpul dengan menggunakan tiga kaedah, iaitu Ujian Khas Tatabahasa Bahasa Melayu, Soal Selidlk Minat dan Ujian Menulis Karangan. Ujian-t dan ANOVA sehala digunakan untuk mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina, ras, Status Sosio Ekonomi (SSE) dan tempat tinggal pelajar terhadap minat dan penguasaan tatabahasa bahasa Melayu. Hasil karangan pelajar dianalisis mengikut bilangan kesalahan aspek-aspek tatabahasa. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi penguasaan dan minat menguasai tatabahasa. Ras, SSE dan tempat tinggal mempengaruhi penguasaan tatabahasa dan minat menguasai tatabahasa. Analisis kesalahan tatabahasa dalam karangan juga menunjukkan pola yang tertentu mengikut jantina, ras, SSE dan tempat tinggal responden. Terdapat beberapa kajian lepas tidak disokong oIeh dapatan kajian ini. Oleh itu, berdasarkan hasil kajian ini, satu penilaian semula pengaruh faktor bukan akademik perlu dijalankan.