Fiksyen Zhang Gui Xing dari perspektif Bildungsroman

Sejak mula berjinak-jinak dengan penulisan sastera pada tahun 1970 sehingga kini, karier penulisan Zhang Guixing dapat dibahagi kepada tiga peringkat , iaitu peringkat permulaan yang menyaksikan penulisan beliau pada zaman remaja di tempat lahirnya bumi kenyalang (1970-1976), peringkat mencari as...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Chua, Geok Kwee
格式: Thesis
语言:English
出版: 2020
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/89958/1/FBMK%202020%2039%20-%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Sejak mula berjinak-jinak dengan penulisan sastera pada tahun 1970 sehingga kini, karier penulisan Zhang Guixing dapat dibahagi kepada tiga peringkat , iaitu peringkat permulaan yang menyaksikan penulisan beliau pada zaman remaja di tempat lahirnya bumi kenyalang (1970-1976), peringkat mencari asas penulisan dengan memanfaatkan gaya penulisan tradisional China sepanjang tempoh pengajian di Taiwan (1976-1995) dan peringkat akhir tatkala beliau menyuguhkan karya-karya berlatarkan hutan hujan serta alam flora dan fauna di Kepulauan Borneo (1996-2018). Novel Zhang pada peringkat mutakhir sebenarnya amat berkait rapat dengan penulisan beliau pada zaman remaja di Sarawak, sehingga meninggalkan jejak-jejak pengalaman kedewasaan serta perubahannya. Kajian ini cuba memanfaatkan Teori Bildungsroman untuk meneliti karya-karya peringkat awalnya yang disiarkan di Miri Daily News, majalah Xuebao (Penuntut) dan majalah Chao Foon yang diterbitkan di Semenanjung serta empat buah kumpulan fiksyen yang telah dibukukan. Kajian ini akan meninjau unsur-unsur yang mendorong beliau mendekati dunia penulisan sastera di Borneo sejak 1970-an. Seterusnya, kajian akan memberi fokus kepada analisis penulisan karya Bildungsroman, khususnya cerpen dan novelet, mengikut tema luaran dan dalaman. Akhirnya, pengkaji akan meninjau hubungan penulisan karya Bildungsroman Zhang Guixing pada 1970-an dengan karya mutakhir beliau.