Ketaksaan leksikal dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur ketaksaan leksikal dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu serta merumuskan unsur ketaksaan leksikal dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu sebagai cerminan identiti dan jati diri. Teori Relevan dipilih yang diasaskan oleh...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Yop Othman, Zul Hanis
格式: Thesis
语言:English
出版: 2020
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/89967/1/FBMK%202020%2047%20-%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur ketaksaan leksikal dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu serta merumuskan unsur ketaksaan leksikal dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu sebagai cerminan identiti dan jati diri. Teori Relevan dipilih yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986) yang berasaskan kepada tiga gagasan iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses atau kos proses. Ketaksaan yang terlibat ialah daripada sudut kata, frasa dan ayat. Masyarakat Terengganu terdiri daripada golongan peniaga di Terengganu. 18 orang sampel dipilih secara rawak. Pengkaji menggunakan kaedah lapangan iaitu pemerhatian dan temu bual dan menggunakan pendekatan kualitatif (huraian deskriptif) sebagai penganalisisan data. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat peniaga Terengganu sangat gemar dan suka menggunakan unsur ketaksaan dalam perbualan mereka secara semula jadi. Dibuktikan dalam temuan data empiris iaitu terdapat unsur ketaksaan dalam bentuk kata. Kekaburan penggunaan ganti nama ‘dia’ bagi benda-benda tidak bernyawa dan ‘kita’ berfungsi mufrad telah dapat diselesaikan dengan pendekatan Teori Relevans. Contohnya, kekaburan ganti nama ‘kita’ dapat diselesaikan berdasarkan ujaran dan konteks ujaran itu sendiri. Maklumat tambahan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kekaburan ganti nama kita tersedia dalam ujaran itu sendiri. Justeru, kajian ini diharapkan dapat membantu mempertingkatkan dan menambah bahan rujukan kepada para ilmuwan mengenai bidang kajian ketaksaan khususnya dalam perbualan masyarakat.