Reka bentuk dan pembangunan sistem hidroponik kompak bertingkat untuk pertanian bandar di kondominium dan pangsapuri di Kuala Lumpur, Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara membangun. Jangkaan pada tahun 2020, hampir 75% jenis rumah di Malaysia adalah rumah tinggi. Masalah utama yang tinggal di rumah kondominium dan pangsapuri mempunyai ruang yang terhad untuk melakukan aktiviti pertanian. Selain itu, penggunaan racun perosak secara ti...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Talib, Mohd Hafiz
格式: Thesis
语言:English
出版: 2019
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90028/1/FRSB%202020%2019%20ir.pdf.crdownload
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Malaysia adalah sebuah negara membangun. Jangkaan pada tahun 2020, hampir 75% jenis rumah di Malaysia adalah rumah tinggi. Masalah utama yang tinggal di rumah kondominium dan pangsapuri mempunyai ruang yang terhad untuk melakukan aktiviti pertanian. Selain itu, penggunaan racun perosak secara tidak terkawal di kalangan petani dan juga kurang pengetahuan pengguna tentang sumber makanan mereka. Kos sara hidup yang makin meningkat, pengguna membelanjakan 65% daripada gaji untuk keperluan makanan harian. Selain itu, reka bentuk sistem hidroponik yang sedia ada tidak sesuai untuk keperluan gaya hidup semasa. Objektif kajian ini adalah untuk mengalakkan aktiviti pertanian di kawasan ruang yang terhad di kawasan rumah, dan juga menghasilkan sistem tanaman hijau yang efektif. Aktiviti tanam sendiri mampu mengurangkan 40% kos sara hidup untuk makanan. Kaedah kajian yang digunakan adalah mengedarkan soalan soal selidik kepada 100 responden dan pemerhatian kepada penduduk rumah kondominium dan pangsapuri di Kuala Lumpur. Reka bentuk sistem rak kompak telah dicadangkan berdasarkan fungsi dan praktikal untuk menanam tanaman di ruang yang terhad menggunakan sistem hydroponik Serta mereka bentuk produk yang mudah diguna. Reka bentuk rak yang modular menggunakan sistem yang mudah dipasang dan dileraikan juga sesuai diaplikasikan untuk hiasan dalaman rumah. Hasil eksperimen ini membuktikan rak hidroponik dengan sistem kompak dan modular amat praktikal untuk memenuhi keperluan pengguna di bandar. Validasi produk akhir menunjukan bahawa pengguna memberikan respon positif terhadap rekaan yang dihasilkan dari segi fungsi dan nilai estetik produk akhir.