Pengaruh faktor pelindung luaran, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah terhadap pencapaian akademik murid berisiko di sekolah menengah, Terengganu, Malaysia

Persekitaran keluarga yang miskin dan persekitaran sosial sekolah yang berisiko memberikan tekanan dan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan murid. Namun, kajian lepas menunjukkan masih terdapat murid yang mampu menangani tekanan dan menunjukkan pencapaian akademik yang baik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sulong, Rose Manisah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90475/1/FPP%202019%2048%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.90475
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Ahmad, Nor Aniza
topic Environmental psychology
Academic achievement - Terengganu - Malaysia
Teenagers - Terengganu
spellingShingle Environmental psychology
Academic achievement - Terengganu - Malaysia
Teenagers - Terengganu
Sulong, Rose Manisah
Pengaruh faktor pelindung luaran, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah terhadap pencapaian akademik murid berisiko di sekolah menengah, Terengganu, Malaysia
description Persekitaran keluarga yang miskin dan persekitaran sosial sekolah yang berisiko memberikan tekanan dan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan murid. Namun, kajian lepas menunjukkan masih terdapat murid yang mampu menangani tekanan dan menunjukkan pencapaian akademik yang baik. Penyesuaian positif ini dikenali sebagai daya tahan yang terbukti penting untuk membantu murid berisiko untuk berjaya. Namun, masih kurang bukti empirik tentang pengaruh interaksi antara faktor persekitaran dengan faktor personal terhadap pencapaian akademik dalam kalangan murid berisiko di sekolah menengah yang dikaji dari perspektif daya tahan akademik dalam satu model kajian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti faktor pelindung luaran sekolah, rumah, rakan sebaya dan komuniti, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah yang diramal memberi pengaruh terhadap pencapaian akademik dalam kalangan murid berisiko. Berdasarkan kepada Teori Produktiviti Pendidikan, Teori Daya Tahan dan Model Perkembangan Motivasi Sistem Kendiri, satu model kajian telah dibangunkan bagi kajian ini. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk korelasi yang dijalankan secara tinjauan keratan rentas menggunakan satu set soal selidik bagi tujuan pengumpulan data kajian. Kajian rintis dijalankan ke atas 180 orang murid berisiko di daerah Kuala Terengganu menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik tersebut adalah tinggi dengan nilai Cronbach Alpha (>0.80). Kajian ini menggunakan gabungan teknik pensampelan rawak kluster pelbagai peringkat dengan teknik pensampelan rawak berstrata berkadaran. Seramai 315 orang murid berisiko dalam tingkatan empat di sekolah menengah harian dari seluruh negeri Terengganu terlibat sebagai sampel kajian. Penganalisisan data telah dijalankan dengan menggunakan Perisian IBM SPSS dan AMOS versi 22. Hasil pengujian model persamaan berstruktur mendapati daripada 11 laluan hipotesis yang diuji, enam adalah signifikan dan lima adalah tidak signifikan. Dapatan mendapati enam laluan hipotesis yang signifikan adalah faktor pelindung luaran rakan sebaya (β=.478, p<0.05) dan faktor pelindung luaran komuniti (β=.222, p<0.05) memberi pengaruh ke atas trait daya tahan; faktor pelindung luaran sekolah (β=.325, p<0.05), faktor pelindung luaran komuniti (β=- .138, p<0.05) dan trait daya tahan (β=.668, p<0.05) memberi pengaruh terhadap keterlibatan di sekolah; dan keterlibatan di sekolah (β=.425, p>0.05) memberi pengaruh terhadap pencapaian akademik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan trait daya tahan berperanan sebagai mediator penuh dalam hubungan antara faktor pelindung luaran rakan sebaya dengan keterlibatan di sekolah. Model persamaan berstruktur menunjukkan kesepadanan yang baik dengan data kajian dengan nilai relative chi-square (2.173 >0.5), nilai p (0.000<0.05), GFI (0.901>0.90), CFI (0.934>0.90), TLI (0.919>0.90) dan nilai RMSEA (0.061<0.08). Secara keseluruhannya, model persamaan berstruktur menunjukkan faktor pelindung luaran menyumbang sebanyak 61% varians terhadap trait daya tahan. Faktor-faktor tersebut menyumbang sebanyak 77% varians terhadap keterlibatan di sekolah. Manakala, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah menyumbang sebanyak 11 % varians kepada pencapaian akademik dalam kalangan murid berisiko di sekolah menengah di negeri Terengganu. Kajian ini menunjukkan peranan sokongan rakan sebaya dan komuniti amat penting dalam meningkatkan pembentukan trait daya tahan. Selain itu, peranan sekolah, komuniti dan trait daya tahan juga signifikan dalam memupuk keterlibatan di sekolah, seterusnya membantu meningkatkan pencapaian akademik. Dapatan kajian memberi implikasi kepada Teori Produktiviti Pendidikan, Teori Daya Tahan dan Model Perkembangan Motivasi Sistem Kendiri yang diguna pakai dalam kajian ini dan secara praktikal memberi implikasi terhadap pengamal bidang psikologi pendidikan, guru dan sekolah, ibu bapa dan penjaga, rakan sebaya, komuniti dan murid sekolah. Beberapa cadangan turut diketengahkan dalam kajian ini untuk mempertingkat pencapaian akademik dalam kalangan murid berisiko sekolah menengah pada masa hadapan, seterusnya menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai keberhasilan murid secara saksama dalam sistem pendidikan negara.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Sulong, Rose Manisah
author_facet Sulong, Rose Manisah
author_sort Sulong, Rose Manisah
title Pengaruh faktor pelindung luaran, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah terhadap pencapaian akademik murid berisiko di sekolah menengah, Terengganu, Malaysia
title_short Pengaruh faktor pelindung luaran, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah terhadap pencapaian akademik murid berisiko di sekolah menengah, Terengganu, Malaysia
title_full Pengaruh faktor pelindung luaran, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah terhadap pencapaian akademik murid berisiko di sekolah menengah, Terengganu, Malaysia
title_fullStr Pengaruh faktor pelindung luaran, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah terhadap pencapaian akademik murid berisiko di sekolah menengah, Terengganu, Malaysia
title_full_unstemmed Pengaruh faktor pelindung luaran, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah terhadap pencapaian akademik murid berisiko di sekolah menengah, Terengganu, Malaysia
title_sort pengaruh faktor pelindung luaran, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah terhadap pencapaian akademik murid berisiko di sekolah menengah, terengganu, malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2019
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90475/1/FPP%202019%2048%20-%20IR.pdf
_version_ 1747813627162787840
spelling my-upm-ir.904752021-08-03T01:34:25Z Pengaruh faktor pelindung luaran, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah terhadap pencapaian akademik murid berisiko di sekolah menengah, Terengganu, Malaysia 2019-07 Sulong, Rose Manisah Persekitaran keluarga yang miskin dan persekitaran sosial sekolah yang berisiko memberikan tekanan dan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan murid. Namun, kajian lepas menunjukkan masih terdapat murid yang mampu menangani tekanan dan menunjukkan pencapaian akademik yang baik. Penyesuaian positif ini dikenali sebagai daya tahan yang terbukti penting untuk membantu murid berisiko untuk berjaya. Namun, masih kurang bukti empirik tentang pengaruh interaksi antara faktor persekitaran dengan faktor personal terhadap pencapaian akademik dalam kalangan murid berisiko di sekolah menengah yang dikaji dari perspektif daya tahan akademik dalam satu model kajian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti faktor pelindung luaran sekolah, rumah, rakan sebaya dan komuniti, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah yang diramal memberi pengaruh terhadap pencapaian akademik dalam kalangan murid berisiko. Berdasarkan kepada Teori Produktiviti Pendidikan, Teori Daya Tahan dan Model Perkembangan Motivasi Sistem Kendiri, satu model kajian telah dibangunkan bagi kajian ini. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk korelasi yang dijalankan secara tinjauan keratan rentas menggunakan satu set soal selidik bagi tujuan pengumpulan data kajian. Kajian rintis dijalankan ke atas 180 orang murid berisiko di daerah Kuala Terengganu menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik tersebut adalah tinggi dengan nilai Cronbach Alpha (>0.80). Kajian ini menggunakan gabungan teknik pensampelan rawak kluster pelbagai peringkat dengan teknik pensampelan rawak berstrata berkadaran. Seramai 315 orang murid berisiko dalam tingkatan empat di sekolah menengah harian dari seluruh negeri Terengganu terlibat sebagai sampel kajian. Penganalisisan data telah dijalankan dengan menggunakan Perisian IBM SPSS dan AMOS versi 22. Hasil pengujian model persamaan berstruktur mendapati daripada 11 laluan hipotesis yang diuji, enam adalah signifikan dan lima adalah tidak signifikan. Dapatan mendapati enam laluan hipotesis yang signifikan adalah faktor pelindung luaran rakan sebaya (β=.478, p<0.05) dan faktor pelindung luaran komuniti (β=.222, p<0.05) memberi pengaruh ke atas trait daya tahan; faktor pelindung luaran sekolah (β=.325, p<0.05), faktor pelindung luaran komuniti (β=- .138, p<0.05) dan trait daya tahan (β=.668, p<0.05) memberi pengaruh terhadap keterlibatan di sekolah; dan keterlibatan di sekolah (β=.425, p>0.05) memberi pengaruh terhadap pencapaian akademik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan trait daya tahan berperanan sebagai mediator penuh dalam hubungan antara faktor pelindung luaran rakan sebaya dengan keterlibatan di sekolah. Model persamaan berstruktur menunjukkan kesepadanan yang baik dengan data kajian dengan nilai relative chi-square (2.173 >0.5), nilai p (0.000<0.05), GFI (0.901>0.90), CFI (0.934>0.90), TLI (0.919>0.90) dan nilai RMSEA (0.061<0.08). Secara keseluruhannya, model persamaan berstruktur menunjukkan faktor pelindung luaran menyumbang sebanyak 61% varians terhadap trait daya tahan. Faktor-faktor tersebut menyumbang sebanyak 77% varians terhadap keterlibatan di sekolah. Manakala, trait daya tahan dan keterlibatan di sekolah menyumbang sebanyak 11 % varians kepada pencapaian akademik dalam kalangan murid berisiko di sekolah menengah di negeri Terengganu. Kajian ini menunjukkan peranan sokongan rakan sebaya dan komuniti amat penting dalam meningkatkan pembentukan trait daya tahan. Selain itu, peranan sekolah, komuniti dan trait daya tahan juga signifikan dalam memupuk keterlibatan di sekolah, seterusnya membantu meningkatkan pencapaian akademik. Dapatan kajian memberi implikasi kepada Teori Produktiviti Pendidikan, Teori Daya Tahan dan Model Perkembangan Motivasi Sistem Kendiri yang diguna pakai dalam kajian ini dan secara praktikal memberi implikasi terhadap pengamal bidang psikologi pendidikan, guru dan sekolah, ibu bapa dan penjaga, rakan sebaya, komuniti dan murid sekolah. Beberapa cadangan turut diketengahkan dalam kajian ini untuk mempertingkat pencapaian akademik dalam kalangan murid berisiko sekolah menengah pada masa hadapan, seterusnya menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai keberhasilan murid secara saksama dalam sistem pendidikan negara. Environmental psychology Academic achievement - Terengganu - Malaysia Teenagers - Terengganu 2019-07 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90475/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90475/1/FPP%202019%2048%20-%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Environmental psychology Academic achievement - Terengganu - Malaysia Teenagers - Terengganu Ahmad, Nor Aniza