Perbandingan faktor penyumbang stres dalam kalangan guru pendidikan jasmani sekolah menengah berdasarkan demografi di Selangor, Malaysia

Tujuan: Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor penyumbang stres dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani sekolah menengah di Selangor, Malaysia dan perbandingan faktor penyumbang stres berdasarkan demografi. Kaedah: Reka bentuk kajian rentasan (cross-sectional) dipilih dalam mengendali...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Wahid, Mohd Khairudin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90586/1/FPP%202020%208%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan: Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor penyumbang stres dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani sekolah menengah di Selangor, Malaysia dan perbandingan faktor penyumbang stres berdasarkan demografi. Kaedah: Reka bentuk kajian rentasan (cross-sectional) dipilih dalam mengendalikan kajian tinjauan secara rentasan. Kajian melibatkan responden (n=258) 128 guru lelaki dan 130 guru perempuan opsyen Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan yang mengajar Pendidikan Jasmani sekolah menengah di Selangor. Instrument soal selidik digunakan dengan format likert-scale enam konstruk iaitu dilema kerjaya, perkembangan kerjaya, salah konsep kerjaya, keadaan persekitaran kerja, hubungan dalam pekerjaan dan status personal. Analisis statistik deskriptif, Ujian-t tidak bersandar dan ANOVA sehala digunakan bagi menghuraikan dapatan kajian. Dapatan: Lima faktor dikenal pasti sebagai penyumbang stres iaitu keadaan perkembangan kerjaya mencatatkan (M=34.77, SD=4.48), dilema kerjaya nilai (M=35.26, SD=5.17), keadaan persekitaran kerja dengan (M=22.52, SD=3.58), salah konsep kerjaya (M=23.42, SD=4.03) dan hubungan dalam pekerjaan (M=27.09, SD=2.87). Manakala dapatan kajian perbandingan penyumbang stres dalam kalangan guru PJ berdasarkan jantina menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan nilai faktor penyumbang stres perkembangan kerjaya berdasarkan jantina, perempuan (M=34.80, SD=4.84) lelaki (M=35.72, SD=5.45) dengan t(256)=0.271, p=0.008<0.05. Faktor penyumbang stres salah konsep kerjaya dengan pengalaman mengajar menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan nilai F(3, 254)=3.95, p=0.009<0.05. Perbezaan faktor penyumbang stres keadaan persekitaran kerja berdasarkan umur menunjukkan perbandingan nilai F(2, 255)=3.524, p=0.031<0.05. Seterusnya terdapat perbezaan yang signifikan faktor penyumbang stres salah konsep kerjaya berdasarkan gaji dengan nilai F(3, 254)=2.763, p=0.043<0.05. Begitu juga terdapat perbezaan yang signifikan pada tiga faktor penyumbang stres guru PJ iaitu dilema kerjaya F(2, 255)=3.857, p=0.022<0.05, manakala keadaan persekitaran kerja F(2, 255) = 3.158, p=0.044<0.05, serta faktor hubungan dalam pekerjaan F(2, 255)=4.817, p=0.009<0.05 berdasarkan kelulusan akademik. Kesimpulannya: Pihak yang berkaitan perlu mengambil langkah yang bersesuaian bagi mengatasi dan mengurangkan perbezaan faktor penyumbang stres guru Pendidikan Jasmani di Selangor terutama pada kalangan guru PJ perempuan yang menghadapi stres kerja yang lebih tinggi berbanding guru PJ perempuan. Ini perlu dilakukan kerana guru merupakan aset negara yang penting dalam pembentukan generasi cemerlang.