Hubungan Penyesuaian dengan Pencapaian Akademik Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi

Kajian ini bertujuan (1) meninjau bentuk pola penyesuaian di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi; (2) mengkaji hubungan penyesuaian dan perapatan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi; (3) mengkaji hubungan ppnyesuaian, perapatan, dan pencapaian akademik. Penyesuaian diukur deng...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mat Min, Ruhani
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 1998
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9059/1/FPP_1998_63_A.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan (1) meninjau bentuk pola penyesuaian di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi; (2) mengkaji hubungan penyesuaian dan perapatan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi; (3) mengkaji hubungan ppnyesuaian, perapatan, dan pencapaian akademik. Penyesuaian diukur dengan menggunakan Inventori Adaptasi Pelajar di Universiti. Perapatan diukur dengan menggunakan Inventori Perapatan Ibu Bapa dan Rakan. Seramai 223 (n = 223) orang pelajar tahun pertama pengajian melibatkan diri sebagai responden kajian. Soal selidik isi sendiri yang menggunakan skala Likert telah digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan statistik diskriptif, korelasi dan analisis regresi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki mempunyai penyesuaian keseluruhan, penyesuaian sosial, penyesuaian personalemosional dan penyesuaian komitmen-matlamat yang lebih baik berbanding dengan pelajar perempuan. Tidak wujud perbezaan anmra pelajar lelaki dengan pelajar perempuan pad a penyesuaian akademik. Analisis regresi menunjukkan subskala penyesuaian iaitu penyesuaian akademik, penyesuaian komilmen-matlamat dan penyesuaian personalemosional menyumbang sebanyak 16 peratus varian kepada pencapaian akademik. Wujud perhubungan anmra penyesuaian dan perapatan di kalangan pelajar. Analisis regresi juga menunjukkan penyesuaian keseluruhan menyumbangkan sebanyak 6 peratus varian kepada pencapaian akademik pelajar. Proses penyesuaian berbeza di kalangan pelajar. Penyesuaian juga menyumbang terhadap pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, pelajar perlu dibantu dalam proses penyesuaian unluk membolehkan mereka berjaya di universiti.