Penguasaan Pemahaman Membaca di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Dua Buah Sekolah Menengah di Kajang,Selangor

Kajian ini telah dijalankan di kalangan pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah di Kajang, Selangor. Kajian ini melibatkan 135 orang pelajar pelbagai kaum, aliran Sains dan Sastera, lelaki dan perempuan dan daripada pelbagai tingkat pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa. Kajian i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Aziz, Siti Hajar
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9063/1/FPP_1998_67_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan di kalangan pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah di Kajang, Selangor. Kajian ini melibatkan 135 orang pelajar pelbagai kaum, aliran Sains dan Sastera, lelaki dan perempuan dan daripada pelbagai tingkat pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa. Kajian ini bertujuan untuk melihat keadaan sebenar tahap penguasaan pemahaman membaca di kalangan pelajar yang dikaji di sekolah-sekolah tersebut Kajian ini menggunakan enam bahan teks atau petikan, iaitu tiga bahan jenis naratif dan tiga bahan jenis keterangan. Untuk setiap petikan, terdapat dua belas soalan yang dibina mengikut pemeringkatan taksonomi Barrett (1972). Pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan, dan dinilai mengikut skima pemarkahan yang telah disediakan. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan memang terdapat tahap-tahap tertentu dalam penguasaan pemahaman membaca di kal angan pelajar. Daripada 135 orang pelajar yang dikaji, hanya lima orang (3.7%) mendapat tahap cemerlang, 74 orang (54.8%) mencapai tahap baik, dan 47 orang (34.8%) mencapai tahap memuaskan. Sembilan orang (6.7%) pelajar berada pada tahap lemah. Min skor bagi pel ajar yang mengambil ujian pemahaman ini ialah 60.5.