Kekuatan genggaman tangan, cengkaman jari dan ukuran antropometri atlet sukan memanjat tembok tiruan kategori boulder, lead dan speed

Aktiviti sukan memanjat tembok tiruan adalah sukan yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat sama ada secara rekreasi mahupun dalam pertandingan. Sukan memanjat ini bukan sahaja bergantung sepenuhnya pada kekuatan genggaman tangan (KGT) tetapi kekuatan cengkaman jari (KCJ) dan ukuran antropom...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salehhodin, Siti Nursarah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90714/1/FPP%202019%2044%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aktiviti sukan memanjat tembok tiruan adalah sukan yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat sama ada secara rekreasi mahupun dalam pertandingan. Sukan memanjat ini bukan sahaja bergantung sepenuhnya pada kekuatan genggaman tangan (KGT) tetapi kekuatan cengkaman jari (KCJ) dan ukuran antropometri seperti body mass indeks (BMI) dan panjang depa tangan (PDT). Pengalaman dan peratus lemak badan (%LB) juga antara yang mempengaruhi prestasi atlet memanjat tembok tiruan. Kajian ini bertujuan untuk membezakan tahap KGT, KCJ dan ukuran antropometri dalam kalangan atlet lelaki daripada tiga kategori sukan memanjat tembok tiruan iaitu boulder, lead, dan speed semasa pertandingan dijalankan. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah ex-post facto kerana ciri-ciri subjek yang dikaji berlaku secara semula jadi dan tidak dimanipulasi. Subjek terdiri daripada 123 atlet lelaki (boulder=41, lead=41, dan speed=41) dan purata umur adalah 22.4±4 tahun. Subjek adalah pelajar-pelajar yang mewakili universiti di Malaysia. Ujian KGT dilakukan menggunakan alat handgrip dynamometer, ujian KCJ menggunakan kayu berkelebaran 2.5cm di mana subjek menggantungkan diri menggunakan jari, dan ukuran antropometri mengunakan alat Bioelectrical Impedance Analysis. Analisis perbandingan menunjukkan atlet boulder (Min±SP=102.65±4.71kg) mempunyai KGT lebih tinggi (p=0.000) daripada atlet lead (92.42±15.88) dan speed (88.13±16.43). KCJ untuk boulder (61.15±20.48) juga menunjukkan perbandingan paling tinggi (p=0.000) berbanding lead (37.58±19.30) dan speed (38.02±12.71), pengalaman bagi boulder (3.56±1.05) menunjukkan perbandingan paling tinggi (p=0.007) dan speed (2.76±0.99) adalah paling rendah. Ujian post hoc tukey menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada KGT antara boulder dan lead (p=0.011), dan boulder dan speed (p=0.000), KCJ antara boulder dan lead (p=0.000), dan boulder dan speed (p=0.000), serta pengalaman antara boulder dan speed (p=0.000). Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan tahap kekuatan genggaman tangan dan kekuatan cengkaman jari pada kategori boulder didapati lebih kuat berbanding pemanjat kategori lain. Ukuran antropometri juga harus diberikan tumpuan terhadap salah satu penyumbang kepada peningkatan prestasi atlet dalam sukan memanjat ini.