Persepsi Jurulatih dan Guru Sukan Terhadap Aspek Keselamatan dalam Program Sukan

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap persepsi di kalangan jurulatih dan guru sukan dalam program sukan terhadap keselamatan yang berdasarkan ciri demografi seperti jantina, bidang pengkhususan dan pengalaman. Subjek kajian terdiri daripada 45 orang jurulatih dan guru sukan sekolah me...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ang, Kean Koo
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 1998
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9078/1/FPP_1998_80_A.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap persepsi di kalangan jurulatih dan guru sukan dalam program sukan terhadap keselamatan yang berdasarkan ciri demografi seperti jantina, bidang pengkhususan dan pengalaman. Subjek kajian terdiri daripada 45 orang jurulatih dan guru sukan sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Metodologi kajian berasaskan soal selidik berskala Likert (ex: = .8304) dan data-data yang diterima daripada responden dianalisis dengan menggunakan pengaturcaraan "Pakej Statistik untuk Sains Sosial" (SPSS/PC). Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan jurulatih dan guru sukan mempunyai tahap persepsi yang tinggi. Mereka juga tidak mempunyai perbezaan yang signifikan (p < .05) pada tahap persepsi terhadap aspek keselamatan. Namun, jurulatih dan guru sukan lepasan program PJ dan yang berpengalaman mempunyai tahap persepsi lebih tinggi dalam semua aspek keselamatan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tahap persepsi amat penting dalam mengelakkan kemalangan atau kecederaan pada atlet dan pelajar yang terlibat dalam program dan aktiviti sukan di sekolah.