Penggunaan kata nama dalam penjenamaan produk makanan dan minuman di Malaysia

Penggunaan bahasa dalam bidang pemiagaan khasnya dalam proses penjenamaan produk serta nama syarikat amat dititikberatkan oleh setiap peniaga. Bahasa memainkan peranan yang sangat penting kepada pengusaha makanan dan minuman agar pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh peniaga....

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Wahidon, Muhamad Nur Firdaus
格式: Thesis
語言:English
出版: 2015
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/91187/1/FBMK%202015%2076%20-%20IR%20.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penggunaan bahasa dalam bidang pemiagaan khasnya dalam proses penjenamaan produk serta nama syarikat amat dititikberatkan oleh setiap peniaga. Bahasa memainkan peranan yang sangat penting kepada pengusaha makanan dan minuman agar pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh peniaga. Pemilihan kata nama yang sesuai mampu menjadikan produk mereka diterima masyarakat bukan sahaja dalam negara ~alah di peringkat antarabangsa. Dalam kajian ini, pengkaji meneliti penggunaan kata nama dalam penjenamaan produk makanan dan minuman serta nama syarikat. Kajian memfokuskan penggunaan kata nama tempatan (bahasa Melayu) dan kata nama asing. Dalam kajian ini, terdapat dua objektif utama yang akan dihuraikan oleh pengkaji. Objektif pertama, menyenaraikan jenama produk makanan dan minuman serta syarikat yang menggunakan kata nama tempatan dan asing. Objektifkedua pula, menganalisis data yang diperoleh berdasarkan teori segi tiga semiotik yang dipelopori oleh Richard & Ogden (1923). Hasil kajian mendapati, penggunaan kata nama tempatan dan kata nama asing dalam proses penjenamaan agak seimbang. Penggunaan kata nama tempatan masih mendominasi jumlah penjenamaan produk berbanding penggunaan kata nama asing. Produk yang menggunakan dwibahasa dalam proses penjenamaan didapati semakin banyak. Penggunaan percampuran kod kata nama tempatan dan kata nama asing juga agak membimbangkan perkembangan bahasa Melayu. Secara kesimpulannya, pemilihan kata nama dalam proses penjenamaan produk makanan dan minuman mempunyai nilai ekonomi bagi peniaga. Penggunaan kata nama yang sesuai dapat menarik minat pengguna dan seterusnya menjadikan produk yang dihasilkan menjadi pilihan utama sehingga ke pasaran luar khasnya penggunaan kata nama tempatan yang mempunyai keupayaan nilai ekonomi. Oleh yang demikian penelitian dan usaha yang berterusan terhadap meningkatkan kesedaran akan kemampuan bahasa Melayu dalam proses penjenamaan produk makanan dan minuman perlu dipergiatkan. Peniaga atau pengusaha hams mengutamakan penggunaan kata nama tempatan iaitu bahasa Melayu berbanding kata nama asing.