Penarafan bintang dalam memantapkan penguasaan bahasa Melayu murid SJK (T)
Kajian ini memfokuskan sistem penarafan bintang dalam memantapkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid SJK (T). Objektif kajian adalah untuk menganalisis penguasaan golongan kata BM tahap satu dan menghasilkan sistem penarafan bintang dalam memantapkan penguasaan golongan kata BM. Model...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/91269/1/FBMK%202018%207%20-%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini memfokuskan sistem penarafan bintang dalam memantapkan penguasaan
bahasa Melayu dalam kalangan murid SJK (T). Objektif kajian adalah untuk
menganalisis penguasaan golongan kata BM tahap satu dan menghasilkan sistem
penarafan bintang dalam memantapkan penguasaan golongan kata BM. Model QAlT
oleh Slavin (1987) digunakan sebagai landasan kajian ini. Penyelidikan ini
menggunakan kaedah kepustakaan, pemerhatian, temu bual dan tinjauan lapangan.
Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian penilaian kemahiran tatabahasa dan
soal selidik. Pengkaji telah memilih 15 golongan kata dalam membina soalan
tatabahasa Tahap I untuk diuji dalam kalangan 50 orang responden Tahap II, iaitu
darjah lima. Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kemahiran sistem tatabahasa tahap satu kurang dimantap
dalam kalangan murid tahap dua. Hampir 60% daripada keseluruhan responden
gagal mendapat betul dalam ujian penilaian kemah iran tatabahasa yang telah
diadakan. Berdasarkan senario tersebut, dapat diketahui bahawa murid terus dihantar
ke darjah seterusnya tanpa dimantapkan kemahiran sistem tatabahasa. Penilaian
terhadap penguasaan kemahiran sistem tatabahasa tidak ditekankan. Maka, sistem
penarafan bintang dihasilkan dengan tujuan untuk memantapkan penguasaan murid
dalam tatabahasa BM sebagai satu penilaian penguasaan tatabahasa. Sistem tersebut
menekankan pembahagian sistem bahasa (golongan kata) tahap 1 yang perlu
dikuasai oleh murid berdasarkan ujian bulanan. Markah ujian tersebut direkodkan
dan dinilai dengan menggunakan rubrik. Skala dalam rubrik mewakili bintang yang
diterima oleh murid supaya prestasi murid dapat dinilai secara berterusan. Hasil
dapatan menunjukkan bahawa penggunaan sistem tersebut lebih efektif dalam
memantapkan penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid. Oleh itu, melalui
sistem ini, guru dan pihak sekolah dapat menganalisis perkembangan penguasaan
kemahiran tatabahasa murid daripada penilaian yang diadakan berdasarkan
pengajaran yang diberikan. |
---|