Keberkesanan kaedah penyepaduan peta konsep dalam pengajaran kimia terhadap pencapaian pelajar matrikulasi

Tujuan kajian adalah untuk mengetahui keberkesanan kaedah penyepaduan peta konsep dalam pengajaran kimia. Strategi penggunaan peta konsep dalam kajian ini telah dibandingkan dengan strategi pengajaran secara konvensional (tradisional). Pelajar berpencapaian tinggi (N=62) dan pelajar berpencapaian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Talib, Othman
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9142/1/FPP_1999_28_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian adalah untuk mengetahui keberkesanan kaedah penyepaduan peta konsep dalam pengajaran kimia. Strategi penggunaan peta konsep dalam kajian ini telah dibandingkan dengan strategi pengajaran secara konvensional (tradisional). Pelajar berpencapaian tinggi (N=62) dan pelajar berpencapaian rendah (N=62) yang mengambil kursus Kimia (MK 006) di peringkat matrikulasi Universiti Putra Malaysia telah dibahagikan secara rawak serah (random assigment) kepada dua kumpulan: (i) kumpulan eksperimen yang didedahkan kepada kaedah pengaj aran penyepaduan peta konsep dan; (ii) kumpulan kawalan yang didedahkan kepada kaedah pengajaran konvensional. Dengan ini setiap kumpulan masing-masing mengandungi 31 pelajar berpencapaian tinggi dan 31 pelajar berpencapaian rendah. Semua pelajar kemudiannya mengikuti unit pengajaran yang mempunyai objektif yang sarna. Dalam kajian ini, pencapaian pelajar ditentukan dengan ujian pra, ujian pasca dan ujian pengekalan yang hampir menyamai. Kesemua ujian ini mengandungi soalan tahap rendah dan soalan tahap tinggi. Ujian pra dijalankan sebelum bermulanya unit pengajaran dan ujian pasca pula dijalankan di selepas tujuh jam unit pengajaran. Selepas empat minggu, ujian pengekalan pula dijalankan. Reka bentuk kajian yang digunakan berasaskan reka bentuk eksperimen ujian pra dan ujian pasca dengan kumpulan kawalan.