Keberkesanan Pelaksanaan Program Kemahiran Hidup di Sekolah-Sekolah Menengah di Malaysia Berdasarkan Model Penilaian Konteks, Input, Proses dan Produk

Tujuan kajian ini ialah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Kemahiran Hidup berdasarkan model penilaian KIPP (Konteks, Input, Proses dan Produk) oleh Stufflebeam (1971). Dalam kajian ini, keberkesanan pelaksanaan Kemahiran Hidup dinilai dari segi (1) dimensi konteks (kerelevanan objek...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Yahaya, Azizi
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1999
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9156/1/FPP_1999_45_A.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan kajian ini ialah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Kemahiran Hidup berdasarkan model penilaian KIPP (Konteks, Input, Proses dan Produk) oleh Stufflebeam (1971). Dalam kajian ini, keberkesanan pelaksanaan Kemahiran Hidup dinilai dari segi (1) dimensi konteks (kerelevanan objektif Kemahiran Hidup dengan Falsafah Pendidikan Negara, permasalahan sebelum pelaksanaan Kemahiran Hidup dan sikap dan kesediaan guru terhadap perubahan dalam Kemahiran Hidup); (2) dimensi input (keyakinan guru mengajar, kemahiran dan pengetahuan guru, peralatan, bengkel, kemudahan, jadual waktu, peruntukan kewangan, latihan dan sokongan pengetua); (3) dimensi proses (strategi pengajaran dan pembelajaran guru-guru Kemahiran Hidup, dan cara guru menilai kerja-keIja projek pelajar); dan (4) dimensi produk (hasil perubahan sikap pelajar, pencapaian dan objektif Kemahiran Hidup). Soalselidik digunakan untuk tujuan kajian ini dan dibentuk berdasarkan model KIPP oleh Stufflebeam. Soalselidik diedarkan melalui pos dan juga die dar sendiri oleh penyelidik di Selangor, N.Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor. Seramai 250 orang guru dan 150 pelajar menjadi responden dalam kajian. Kebolehpercayaan soalselidik berdasarkan kepada setiap dimensi yang terdapat dalam model KIPP ialah melebehi daripada 0.7. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk tujuan kajian ini.