Pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik di institusi pengajian tinggi Malaysia

Ibnu Khaldun dalam karangan beliau Mukadimah, begitu menekankan faktor kekuatan ‘asabiyyah atau semangat kekitaan yang menjadi teras kepada kekuatan sesebuah tamadun. Walau bagaimanapun, semangat kekitaan ini mulai pudar apabila generasi muda tidak menghayati sepenuhnya sejarah tanah air sehingga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Tohar, Siti Nor Azhani
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/91679/1/FEM%202016%2045%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.91679
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.916792022-01-25T02:38:56Z Pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik di institusi pengajian tinggi Malaysia 2016-10 Mohd Tohar, Siti Nor Azhani Ibnu Khaldun dalam karangan beliau Mukadimah, begitu menekankan faktor kekuatan ‘asabiyyah atau semangat kekitaan yang menjadi teras kepada kekuatan sesebuah tamadun. Walau bagaimanapun, semangat kekitaan ini mulai pudar apabila generasi muda tidak menghayati sepenuhnya sejarah tanah air sehingga mengabaikan nilai-nilai tradisi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, antaranya mengenai Perkara 152, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Justeru, satu kajian yang mendalam perlu dilaksanakan untuk, pertama) mengenal pasti tahap semangat kekitaan, penghayatan sejarah dan pemartabatan bahasa kebangsaan, kedua) menentukan perbezaan semangat kekitaan, penghayatan sejarah dan pemartabatan bahasa kebangsaan berdasarkan etnik, jenis Institut Pengajian Tinggi (IPT), bidang pengajian dan aliran pendidikan sekolah menengah, ketiga) menganalisis pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan, dan keempat) menganalisis faktor etnik yang bertindak sebagai moderator kepada hubungan antara semangat kekitaan dan penghayatan sejarah dengan pemartabatan bahasa kebangsaan. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik ke atas 432 mahasiswa Sarjana Muda di empat buah IPT yang terpilih secara rawak di kawasan Lembah Klang, iaitu UPM dan UM (dua dari IPTA) serta MMU dan UNISEL (dua dari IPTS). Walau bagaimanapun, hanya seramai 407 mahasiswa yang terlibat dalam penganalisisan setelah saringan data dijalankan bagi memenuhi syarat-syarat penganalisisan data empirikal. Pemilihan mahasiswa pula adalah berdasarkan kaedah Pensampelan Rawak Berstrata dengan mengambil kira nisbah stratifikasi populasi etnik di Malaysia (60:Melayu, 30:Cina dan 10:India). Dapatan kajian bagi objektif pertama menunjukkan bahawa tahap semangat kekitaan dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik di IPT adalah tinggi namun dimensi semangat berjuang dan sanggup berkorban demi negara di tahap yang sederhana. Demikian juga penghayatan sejarah dan pemartabatan bahasa kebangsaan hanya di tahap sederhana. Dapatan kajian objektif kedua pula mendapati bahawa wujud perbezaan semangat kekitaan dan pemartabatan bahasa kebangsaan berdasarkan etnik. Selain itu, wujud juga perbezaan pemartabatan bahasa kebangsaan berdasarkan aliran pendidikan sekolah menengah. Seterusnya, dapatan kajian bagi objektif ketiga menunjukkan bahawa semangat kekitaan dan penghayatan sejarah mempengaruhi secara positif dan signifikan terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan. Walaupun demikian, dapatan kajian objektif keempat mendapati bahawa etnik tidak bertindak sebagai moderator bagi hubungan antara semangat kekitaan dan penghayatan sejarah dengan pemartabatan bahasa kebangsaan. Justeru, secara keseluruhannya, dapatan kajian memberi petunjuk bahawa senario pudarnya semangat berjuang serta berkorban, penghayatan sejarah dan pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan generasi muda pelbagai etnik di IPT ini tidak boleh dipandang ringan kerana semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terbukti dapat memberi pengaruh terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan yang menjadi penentu kepada kekuatan tamadun Malaysia. Dalam konteks ini, perbincangan Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun yang dipelopori 600 tahun dahulu, didapati masih relevan untuk diaplikasikan dalam senario masa kini masyarakat multi etnik di Malaysia. Malay language - Usage Malay language 2016-10 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/91679/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/91679/1/FEM%202016%2045%20-%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Malay language - Usage Malay language Ab. Halim, Adlina
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Ab. Halim, Adlina
topic Malay language - Usage
Malay language

spellingShingle Malay language - Usage
Malay language

Mohd Tohar, Siti Nor Azhani
Pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik di institusi pengajian tinggi Malaysia
description Ibnu Khaldun dalam karangan beliau Mukadimah, begitu menekankan faktor kekuatan ‘asabiyyah atau semangat kekitaan yang menjadi teras kepada kekuatan sesebuah tamadun. Walau bagaimanapun, semangat kekitaan ini mulai pudar apabila generasi muda tidak menghayati sepenuhnya sejarah tanah air sehingga mengabaikan nilai-nilai tradisi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, antaranya mengenai Perkara 152, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Justeru, satu kajian yang mendalam perlu dilaksanakan untuk, pertama) mengenal pasti tahap semangat kekitaan, penghayatan sejarah dan pemartabatan bahasa kebangsaan, kedua) menentukan perbezaan semangat kekitaan, penghayatan sejarah dan pemartabatan bahasa kebangsaan berdasarkan etnik, jenis Institut Pengajian Tinggi (IPT), bidang pengajian dan aliran pendidikan sekolah menengah, ketiga) menganalisis pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan, dan keempat) menganalisis faktor etnik yang bertindak sebagai moderator kepada hubungan antara semangat kekitaan dan penghayatan sejarah dengan pemartabatan bahasa kebangsaan. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik ke atas 432 mahasiswa Sarjana Muda di empat buah IPT yang terpilih secara rawak di kawasan Lembah Klang, iaitu UPM dan UM (dua dari IPTA) serta MMU dan UNISEL (dua dari IPTS). Walau bagaimanapun, hanya seramai 407 mahasiswa yang terlibat dalam penganalisisan setelah saringan data dijalankan bagi memenuhi syarat-syarat penganalisisan data empirikal. Pemilihan mahasiswa pula adalah berdasarkan kaedah Pensampelan Rawak Berstrata dengan mengambil kira nisbah stratifikasi populasi etnik di Malaysia (60:Melayu, 30:Cina dan 10:India). Dapatan kajian bagi objektif pertama menunjukkan bahawa tahap semangat kekitaan dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik di IPT adalah tinggi namun dimensi semangat berjuang dan sanggup berkorban demi negara di tahap yang sederhana. Demikian juga penghayatan sejarah dan pemartabatan bahasa kebangsaan hanya di tahap sederhana. Dapatan kajian objektif kedua pula mendapati bahawa wujud perbezaan semangat kekitaan dan pemartabatan bahasa kebangsaan berdasarkan etnik. Selain itu, wujud juga perbezaan pemartabatan bahasa kebangsaan berdasarkan aliran pendidikan sekolah menengah. Seterusnya, dapatan kajian bagi objektif ketiga menunjukkan bahawa semangat kekitaan dan penghayatan sejarah mempengaruhi secara positif dan signifikan terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan. Walaupun demikian, dapatan kajian objektif keempat mendapati bahawa etnik tidak bertindak sebagai moderator bagi hubungan antara semangat kekitaan dan penghayatan sejarah dengan pemartabatan bahasa kebangsaan. Justeru, secara keseluruhannya, dapatan kajian memberi petunjuk bahawa senario pudarnya semangat berjuang serta berkorban, penghayatan sejarah dan pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan generasi muda pelbagai etnik di IPT ini tidak boleh dipandang ringan kerana semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terbukti dapat memberi pengaruh terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan yang menjadi penentu kepada kekuatan tamadun Malaysia. Dalam konteks ini, perbincangan Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun yang dipelopori 600 tahun dahulu, didapati masih relevan untuk diaplikasikan dalam senario masa kini masyarakat multi etnik di Malaysia.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Mohd Tohar, Siti Nor Azhani
author_facet Mohd Tohar, Siti Nor Azhani
author_sort Mohd Tohar, Siti Nor Azhani
title Pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik di institusi pengajian tinggi Malaysia
title_short Pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik di institusi pengajian tinggi Malaysia
title_full Pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik di institusi pengajian tinggi Malaysia
title_fullStr Pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik di institusi pengajian tinggi Malaysia
title_full_unstemmed Pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik di institusi pengajian tinggi Malaysia
title_sort pengaruh semangat kekitaan dan penghayatan sejarah terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik di institusi pengajian tinggi malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2016
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/91679/1/FEM%202016%2045%20-%20IR.pdf
_version_ 1747813687851220992