Persepsi Terhadap Peranan Pengurus Sekolah dalam Pengurusan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di Jerantut

Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau persepsi pengurus dan guru sekolah terhadap tahap pengetahuan, keperluan dan pelaksanaan pengurusan KBSM di sembilan buah sekolah menengah dalam daerah Jerantut Pahang Darul Makmur. Kajian ini juga turut meninjau perbezaan persepsi antara pengurus sekolah...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Daras, Ahmad
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1999
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9169/1/FPP_1999_62_A.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau persepsi pengurus dan guru sekolah terhadap tahap pengetahuan, keperluan dan pelaksanaan pengurusan KBSM di sembilan buah sekolah menengah dalam daerah Jerantut Pahang Darul Makmur. Kajian ini juga turut meninjau perbezaan persepsi antara pengurus sekolah dengan guru terhadap tahap pengetahuan, keperluan dan pelaksanaan pengurusan KBSM oleh pengurus sekolah di daerah berkenaan. Sebanyak 79 orang responden telah dikategorikan sebagai 'pengurus sekolah' yang terdiri daripada pengetua, guru penolong kanan, penyelia petang, ketua bidang mata pelajaran dan setiausaha kurikulum. Sementara 344 orang lagi dikategorikan sebagai guru biasa. Kesemua responden dalam kajian ini dikehendaki menjawab soal selidik berkaitan pengurusan KBSM di sekoJah masing-masing. Penganalisisan data kajian adalah berpandukan statistik deskriptif dan ujian 't'.Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseJuruhannya responden di kalangan pengurus sekolah mempunyai persepsi tahap pengetahuan dan tahap keperluan pengurusan KBSM yang tinggi. Walau bagaimanapun, tahap pelaksanaan pengurusan kurikulum dipersepsikan berada di tahap sederhana tinggi. Sementara guru pula mempersepsikan bahawa tahap pengetahuan pengurus sekolah terhadap pengurusan kurikulum adalah tinggi, namun tahap keperluan pengurusan kurikulum oleh pengurus sekolah dipersepsikan sederhana tinggi dan tahap pelaksanaan pengurusan kurikulum yang dijalankan oleh pengurus sekolah dipersepsikan sederhana sahaja. Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di antara pengurus sekolah dengan guru terhadap tahap pengetahuan, keperluan dan pelaksanaan pengurusan (KBSM) oleh pengurus sekolah.