Sifat terma-mekanik kopolimer poli (metil metakrilat-co-stirena)

Kopolimer metil metakrilat (MMA) dan stirena (ST) pada nisbah yang berbeza (1:1, 1:2 dan 2:1) disediakan dengan berbagai peratus etilena glikol dimetakrilat (EGDMA) sebagai agen perangkai silang. Pempolimeran dilakukan di dalam kukus air pada 60°C dengan kehadiran bahan pemula azobisisobutironitr...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Wan Abdullah, Wan Fadilah
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 2000
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9181/1/FSAS_2000_38%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kopolimer metil metakrilat (MMA) dan stirena (ST) pada nisbah yang berbeza (1:1, 1:2 dan 2:1) disediakan dengan berbagai peratus etilena glikol dimetakrilat (EGDMA) sebagai agen perangkai silang. Pempolimeran dilakukan di dalam kukus air pada 60°C dengan kehadiran bahan pemula azobisisobutironitril (AIBN). Pencirian dibuat berdasarkan kandungan air pada keseimbangan (EWC), kandungan pelarut pada keseimbangan (ESC), suhu peralihan kaca (Tg), penghabluran, takat lebur (Tm) dan ujian mekanik. Didapati nilai EWC bagi kesemua kopolimer tersangat kecil kira-kira 0.4- 1.00/0. Ntlai ESC (di antara 25-75%) berkurangan dengan peningkatan peratus EGDMA. Daripada analisis terma, didapati pertambahan EGDMA menutYukkan terdapatnya peningkatan pada peratus penghabluran bagi kopolimer yang sama banyak atau lebih banyak kandungan MMA berbanding ST. Bagi kopolimer yang tinggi kandungan ST, terdapat sedikit pertambahan penghabluran terhadap EGDMA. WaIau bagaimana pun kandungan ST yang tinggi menyebabkan niIai Tm meningkat. SebaIiknya nilai Tm berkurang apabila EGDMA bertambah. Sifat-sifat termomekanikal kopolimer telah diselidiki sebagai fungsi kadar terikan dan suhu masing-masing daIam julat 10⁻³ hingga 10⁻¹ S⁻¹ dan 30-200°C. Daripada lengkung tegasan-terikan, plot aIiran tegasanlsuhu lawan kadar terikan diperolehi mematuhi persamaan Eyring. Peratusan EGDMA dapat meningkatkan kekuatan kopolimer ini. Kopolimer yang tinggi komposisi MMA adaIah lebih kuat. Ujian mekanik (Graf log modulus Young (E) lawan suhu) dan ujian terma telah menunjukkan bahawa Tg terdapat di antara 80 dan 100°C.