Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA

Kajian ini dijalankan untuk memahami masalah pembayaran balik pinjaman pelajaran MARA yang berkaitan dengan punca permasalahan dan juga langkah mengatasi masalah yang wujud. Kajian ini telah dilaksanakan berasaskan tiga aspek persoalan kajian iaitu: (1) apakah tindakan dan pendekatan yang diguna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainal Abiddin, Norhasni
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9201/1/FPP_2000_10_IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.9201
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.92012024-02-02T08:48:23Z Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA 2000-05 Zainal Abiddin, Norhasni Kajian ini dijalankan untuk memahami masalah pembayaran balik pinjaman pelajaran MARA yang berkaitan dengan punca permasalahan dan juga langkah mengatasi masalah yang wujud. Kajian ini telah dilaksanakan berasaskan tiga aspek persoalan kajian iaitu: (1) apakah tindakan dan pendekatan yang digunakan oleh MARA dalam mendapatkan semula pinjaman pelajaran; (2) apakah masalah atau halangan yang menyebabkan peminjam tidak dapat membayar balik pinjaman; dan (3) apakah latar belakang peminjam yang bermasalah dalam pembayaran balik pinjaman. Kaedah penyelidikan kualitatif adalah lebih sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Data-data telah diperolehi melalui temubual, pemerhatian secara tidak formal dan dokumen-dokumen formal yang berkaitan. Responden kajian ini terdiri daripada lima orang pegawai pengurusan MARA dan lima orang peminjam bermasalah. Temubual telah dilakukan di antara Oktober 1999 hingga Disember 1999. Semua temubual telah dirakam dengan alat perakam suara berpandukan kepada soalan separa struktur. Selain daripada responden yang telah dikenalpasti, peminjam yang tidak bermasalah juga telah ditemubual secara tidak formal. Hasil kajian mendapati : (1) dalam proses kutipan pinjaman, MARA mengamalkan pendekatan untuk membantu peminjam dengan mengambilki ra masalah peminjam; (2) pendedahan identiti peminjam dan penjamin di akhbar tempatan adalah langkah yang berkesan dalam mendapatkan semula pinjaman; (3) peminjam yang mempunyai prestasi pelajaran yang rendah dan menuntut di luar negara adalah lebih bermasalah di dalam membayar balik pinjaman; dan (4) sikap, mentaliti subsidi, amalan rakan yang dijadikan ikutan dan kegawatan ekonomi juga merupakan antara faktor peminjam melengah-lengahkan membayar balik pinjaman pelajaran MARA. Loan - MARA 2000-05 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9201/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9201/1/FPP_2000_10_IR.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Loan - MARA Faculty of Educational Studies Ismail, Azahari Malay
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
advisor Ismail, Azahari
topic Loan - MARA


spellingShingle Loan - MARA


Zainal Abiddin, Norhasni
Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
description Kajian ini dijalankan untuk memahami masalah pembayaran balik pinjaman pelajaran MARA yang berkaitan dengan punca permasalahan dan juga langkah mengatasi masalah yang wujud. Kajian ini telah dilaksanakan berasaskan tiga aspek persoalan kajian iaitu: (1) apakah tindakan dan pendekatan yang digunakan oleh MARA dalam mendapatkan semula pinjaman pelajaran; (2) apakah masalah atau halangan yang menyebabkan peminjam tidak dapat membayar balik pinjaman; dan (3) apakah latar belakang peminjam yang bermasalah dalam pembayaran balik pinjaman. Kaedah penyelidikan kualitatif adalah lebih sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Data-data telah diperolehi melalui temubual, pemerhatian secara tidak formal dan dokumen-dokumen formal yang berkaitan. Responden kajian ini terdiri daripada lima orang pegawai pengurusan MARA dan lima orang peminjam bermasalah. Temubual telah dilakukan di antara Oktober 1999 hingga Disember 1999. Semua temubual telah dirakam dengan alat perakam suara berpandukan kepada soalan separa struktur. Selain daripada responden yang telah dikenalpasti, peminjam yang tidak bermasalah juga telah ditemubual secara tidak formal. Hasil kajian mendapati : (1) dalam proses kutipan pinjaman, MARA mengamalkan pendekatan untuk membantu peminjam dengan mengambilki ra masalah peminjam; (2) pendedahan identiti peminjam dan penjamin di akhbar tempatan adalah langkah yang berkesan dalam mendapatkan semula pinjaman; (3) peminjam yang mempunyai prestasi pelajaran yang rendah dan menuntut di luar negara adalah lebih bermasalah di dalam membayar balik pinjaman; dan (4) sikap, mentaliti subsidi, amalan rakan yang dijadikan ikutan dan kegawatan ekonomi juga merupakan antara faktor peminjam melengah-lengahkan membayar balik pinjaman pelajaran MARA.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Zainal Abiddin, Norhasni
author_facet Zainal Abiddin, Norhasni
author_sort Zainal Abiddin, Norhasni
title Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
title_short Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
title_full Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
title_fullStr Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
title_full_unstemmed Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
title_sort pembayaran balik pinjaman pelajaran mara
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Educational Studies
publishDate 2000
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9201/1/FPP_2000_10_IR.pdf
_version_ 1794018800659595264