Aspek fonologi subdialek patani di Kedah
Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan inventori fonem konsonan dan vokal serta beberapa aspek fonologi yang berlaku dalam dialek Patani Padang Terap (DPPT), Kedah. Data kajian diperoleh melalui kaedah kajian lapangan. Pengkaji menemu bual lima orang penduduk Kampung Padang Gelanggang, Padang Ter...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92212/1/FBMK%202016%2018%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan inventori fonem konsonan dan vokal serta
beberapa aspek fonologi yang berlaku dalam dialek Patani Padang Terap (DPPT),
Kedah. Data kajian diperoleh melalui kaedah kajian lapangan. Pengkaji menemu bual
lima orang penduduk Kampung Padang Gelanggang, Padang Terap yang berumur lebih
50 tahun. Aspek yang diberi penelitian secara khusus dalam kajian ini ialah inventori
segmen vokal dan konsonan serta rumus-rumus fonologi yang berlaku, iaitu proses
perubahan dan rumus pengguguran. Semua aspek ini dikaji dan dianalisis
menggunakan teori fonologi generatif (FG).
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa inventori segmen dalam DPPT adalah berbeza
dengan kajian lampau. Terdapat enam segmen vokal dasar dan dua segmen vokal
terbitan dalam DPPT. Segmen vokal dasar ialah [i, e, ´, a, u, o] dan dua segmen
terbitan [E, ç]. Kesemua vokal boleh hadir di posisi awal dan akhir kata dalam DPPT.
Fonem konsonan pula berjumlah 16, iaitu [p, b, t, d, k, g, m, n, N, ¯, ʧ, ʤ, s, ƒ, h, l]
manakala segmen konsonan terbitan pula terdiri daripada [/, w, j] sama seperti bahasa
Melayu. Semua konsonan boleh hadir di posisi awal kata manakala di posisi akhir kata
pula kebanyakan konsonan tidak dapat hadir. Hanya tiga fonem konsonan sahaja yang
wujud di akhir kata, iaitu /n, N, h/, manakala fonem konsonan lain kebanyakannya
direalisasikan sebagai [/] ataupun digugurkan.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa proses perubahan bunyi nasal di akhir kata, iaitu
nasal /m/ yang mempunyai fitur [-koronal] akan direalisasikan kepada nasal yang
berfitur [+koronal]. Seterusnya ialah proses pembelakangan frikatif, iaitu bunyi /s/
direalisasikan sebagai /h/ di akhir kata manakala pembentukan glotal pula
merealisasikan konsonan hentian [p, t, k] sebagai [/] apabila berada di posisi yang
sama. Manakala rumus pengguguran yang berlaku ialah rumus pengguguran nasalhentian
tak bersuara dan rumus pengguguran hentian bersuara. Bunyi nasal yang diikuti
dengan bunyi hentian tak bersuara akan digugurkan manakala hentian bersuara pula
gugur apabila berada di depan bunyi nasal. Kajian ini juga mendapati bahawa deretan
dua vokal sama ada /ia/, /ai/, /au/ ataupun /ua/ di posisi akhir suku kata akan dileburkan
sebagai [E] dan [ç]. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa proses fonologi dalam DPPT berlaku kerana mematuhi rumus fonologi tertentu yang
mampu dijelaskan oleh teori fonologi generatif secara berpada. |
---|