Hubungan antara kesejahteraan diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan kaunselor di Selangor, Malaysia

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara kesejahteraan dan kecerdasan emosi dalam kalangan kaunselor di negeri Selangor. Selain itu, kajian ini juga melihat tahap kesejahteraan dan kecerdasan emosi kaunselor serta perbezaan mengikut faktor gender. Dua set soal selidik telah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Reping, Farissma
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92213/1/FPP%202017%2040%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara kesejahteraan dan kecerdasan emosi dalam kalangan kaunselor di negeri Selangor. Selain itu, kajian ini juga melihat tahap kesejahteraan dan kecerdasan emosi kaunselor serta perbezaan mengikut faktor gender. Dua set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik kesejahteraan mengandungi 12 item demografi dan 139 item. Manakala soal selidik kecerdasan emosi mengandungi 60 item. Kedua-dua soalan ini diambil daripada kajian yang terdahulu, telah digunakan untuk mengukur perhubungan tersebut. Pengujian bagi hipotesis kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pengujian korelasi Pearson dan ujian-t. Keputusan kajian mendapati seramai 193 orang subjek (63.9%) mencapai tahap sederhana, 59 orang (19.5%) memperolehi tahap kesejahteraan diri yang tinggi manakala 50 orang subjek (16.6%) berada pada tahap rendah (M=592.02, SD=39.62). Manakala kecerdasan emosi seramai 162 orang responden (53.64%) mencapai tahap tinggi, 137 orang (45.36%) memperolehi tahap sederhana manakala tiga orang subjek (0.1%) berada pada tahap rendah (M=592.02, SD=39.62). Bagi analisis Korelasi Pearson pula, menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan antara kesejahteraan diri dengan kecerdasan emosi [r (302) = .406, p < .05]. Ini bermakna semakin tinggi kesejahteraan, semakin tinggi kecerdasan emosi. Hasil analisis ujian-t bagi kesejahteraan diri berasaskan faktor gender adalah [t (300) = .30, p = .76)]. Oleh disebabkan nilai p > .05, hipotesis ini ditolak. Justeru, hasil ini bermaksud tidak terdapat perbezaan signifikan antara skor keseluruhan kesejahteraan diri kaunselor lelaki dengan perempuan. Sebagai kesimpulannya, dapatan kajian ini memberi reaksi positif tentang peranan kesejahteraan diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan kaunselor. Kajian ini memberi informasi yang berguna terutamanya kepada pengamal kaunseling atau guru bimbingan dan kaunseling terutamanya dalam sektor pendidikan di peringkat negeri Selangor. Selain itu, dapatan kajian ini memberi implikasi teori kepada bimbingan dan kaunseling, dan pelbagai implikasi untuk praktis khususnya kepada guru bimbingan dan kaunseling. Oleh yang demikian dapatan kajian ini juga boleh dijadikan panduan untuk membantu mempertingkatkan perkembangan emosi guru bimbingan dan kaunseling ke arah yang lebih baik.