Tekanan Kerja di Kalangan Penguasa Kastam di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap tekanan kerja di kalangan Penguasa Kastam di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi tekanan kerja di kalangan Penguasa Kastam. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hashim, Mohd Huzaimi
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9225/1/FPP%202001%208IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap tekanan kerja di kalangan Penguasa Kastam di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi tekanan kerja di kalangan Penguasa Kastam. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada 159 Penguasa Kastam di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih separuh daripada Penguasa Kastam iaitu 59% menghadapi tekanan yang sederhana. Didapati kajian juga menunjukkan tiada perkaitan di antara tekanan kerja dengan faktor tekanan kerja iaitu beban kerja (r = 0.118), perhubungan kerja (r = 0.016), persekitaran kerja (r = 0.074), kekaburan peranan (r = -0.069) dan keluarga (r = -0.032). Berasaskan penemuan kajian ml, dicadangkan pihak pengurusan dapat memberikan penerangan yang jelas terhadap tugas dan peranan kerja sebagai Penguasa Kastam. Tambahan pula, penganjuran program-program yang berkaitan dengan strategi mengatasi tekanan kerja serta mengawal tekanan dari berterusan bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja malahan dapat meningkatkan produktiviti pekerja. Dengan adanya program-program ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi kerja malah dapat menggalakkan budaya kerja positif semasa menjalankan tugas harian mereka.