Fenomena Kompetitif di Kalangan Remisier Melayu

Kajian ini bertujuan memahami fenomena kompetitif yang dihadapi oleh beberapa usahawan Melayu terpilih. Secara khususnya kajian ini menjelaskan pengertian kompetitif dari pengalaman remiseir Melayu yang menjadi ahli Persatuan remisier Melayu Malaysia (PRIBUMI). Untuk menjawab persoalan kajian, k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tompang, Lambak
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9239/1/FPP_2001_15_.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan memahami fenomena kompetitif yang dihadapi oleh beberapa usahawan Melayu terpilih. Secara khususnya kajian ini menjelaskan pengertian kompetitif dari pengalaman remiseir Melayu yang menjadi ahli Persatuan remisier Melayu Malaysia (PRIBUMI). Untuk menjawab persoalan kajian, kaedah hermeneutic phenomenology digunakan bagi memahami dan menjelaskan pengalaman remisier Melayu melalui kompetitif dalam kerjaya mereka. Narator yang terlibat adalah enam orang remisier Melayu yang secara sukarela bersedia berkongsikan pengalaman. Para remisier ini berpengalaman antara 6 tahun ke 13 tahun sebagai remisier. Teknik perbualan terbuka digunakan semasa proses pengumpulan data. Perbualan dirakamkan melalui pita rakaman dan ditranskrip secara verbatim. Analisis bermula sebaik sahaja data dikumpul. kajian ini mengandaikan bahawa para remisier Melayu berhadapan dengan fenomena kompetitif dalam perjalanan kerjaya mereka mengendalikan aktiviti saham dan pasaran saham. Analisis terperinci kemudiannya dilakukan untuk mencari tema dan kategori bagi menjawab persoalan kajian. Tema telah dikategorikan kepada 1) punca berlakunya kompetitif, 2) pola kompetitif, dan 3) perubahan ekoran kompetitif. Punca kompetitif secara asasnya dijelaskan melalui kehendak bukan sahaja untuk mengekalkan kerjaya tetapi juga untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya sebagai remisier. Kajian telah memaparkan bahawa kompetitif sememangnya wujud dalam 1) peningkatan kendiri yang merangkumi usaha, (a) meningkatkan abiliti untuk mendapatkan klien, (b) persetujuan klien untuk pelaburan terbaik, dan (c) menambah deposit bagi mendapatkan pulangan yang menguntungkan; 2) ketahanan diri menghadapi kompetitif; dan 3) keazaman untuk dihargai.