Pendekatan Bestari: Kefahaman dan Kesediaan Guru Bestari Menghadapi Perubahan

Kini Malaysia sedang menghadapi era perubahan dalam pendidikan yang lebih menekankan pendekatan pembelajaran yang berpusatkan pelajar di samping penekanan terhadap teknologi maklumat sebagai salah satu alat pengajaran pembelajaran. Sembilan puluh buah sekolah telah dipilih oleh Kementerian Pendi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salim, Siti Suria
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9241/1/FPP_2001_17.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kini Malaysia sedang menghadapi era perubahan dalam pendidikan yang lebih menekankan pendekatan pembelajaran yang berpusatkan pelajar di samping penekanan terhadap teknologi maklumat sebagai salah satu alat pengajaran pembelajaran. Sembilan puluh buah sekolah telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadi Sekolah Bestari bagi memenuhi tujuan di atas. Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman dan tahap kesediaan guru Bestari terhadap perubahan yang dilaksanakan oleh Program Sekolah Bestari serta kekangan dan keperluan yang dihadapi oleh mereka. Data telah diperoleh dari empat puluh lima orang guru sekolah Bestari di Selangor melalui soal selidik. Analisis deskriptif (frekuensi,min,dan mod) dan inferensi (Korelasi Pearson dan ANOVA) digunakan bagi menganalisis data. Data diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10. Kajian mendapati bahawa guru memahami matlamat Sekolah Bestari ini dan bersedia untuk menghadapi pelaksanaannya walaupun pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun hanya sedikit sahaja perubahan yang dilakukan di dalam bilik darjah mereka. Dapatan kajian menunjukkan, bagi guru Bestari, kekangan seperti peralatan pengajaran pembelajaran, kemahiran, dan sokongan merupakan faktor-faktor yang menghalang perubahan daripada berlaku. Selain daripada itu, beban tugas guru dan sistem peperiksaan pusat yang masih dilaksanakan bagi menilai pelajar-pelajar juga mempengaruhi kejayaan pelaksanaan perubahan ini. Hasil daripada kajian ini disyorkan sekiranya mana-mana pihak yang ingin melaksanakan sesuatu program perubahan dalam pendidikan, kesediaan dari segi agen perubahan dan keperluan-keperluan program hendaklah dipastikan terlebih dahulu.