Kefahaman dan Keyakinan Guru-Guru Ekonomi Rumahtangga di Negeri Selangor dalam Penilaian Berformat Baru

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kefahaman dan keyakinan guruguru Ekonomi Rumahtangga (ERT) dalam melaksanakan Penilaian Serformat Baru (PBS). Responden kajian terdiri dari 58 orang guru ERT di Selangor. Data kajian dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang dibentuk sendiri. Dat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Anis
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9245/1/FPP_2001_19_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kefahaman dan keyakinan guruguru Ekonomi Rumahtangga (ERT) dalam melaksanakan Penilaian Serformat Baru (PBS). Responden kajian terdiri dari 58 orang guru ERT di Selangor. Data kajian dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang dibentuk sendiri. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian khi kuasa dua, ujian korelasi Pearson dan ujian-t melalui perisian The Statistical Program for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman responden tentang elemen kemahiran PBS adalah tinggi. Responden juga berkeyakinan tinggi dalam menyediakan pelajar yang untuk menjawab soalan dalam enam kategori domain kognitif. Namun begitu responden mempunyai tanggapan yang rendah terhadap kebolehan pelajar-petajar mereka untuk menjawab soalan dalam domain kognitif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara taraf pendidikan responden dengan tahap kefahaman elemen kemahiran PBS. Di samping itu kajian mendapati tahap kefahaman responden dari sekolah yang pencapaian subjek ERT di peringkat SPM memuaskan dalam lebih tinggi berbanding dengan responden dari sekolah yang pencapaiannya kurang memuaskan. Berdasarkan dapatan kajian, dicadangkan guru-guru ERT diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, lebih kajian perlu dijalankan berhubung dengan penilaian kerja kursus ERT lebih-Iebih lagi yang berkaitan dengan PBB.