Kedudukan Institusi Pondok dalam Pembangunan Belia Islam di Patani Thailand

Kajian ini bertujuan untuk memahami persoalan-persoalan berkaitan dengan kedudukan institusi pondok dalam pembangunan belia di Patani Thailand. Persoalan yang diketengahkan dalam kajian ini ialah berhubung dengan kedudukan pondok, sistem pondok, kesan pondok, keunikan pondok dan masalah pondok....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aboosalae, Mahamabookhoree
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9246/1/FPP_2001_21.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk memahami persoalan-persoalan berkaitan dengan kedudukan institusi pondok dalam pembangunan belia di Patani Thailand. Persoalan yang diketengahkan dalam kajian ini ialah berhubung dengan kedudukan pondok, sistem pondok, kesan pondok, keunikan pondok dan masalah pondok. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif bagi mendapat jawapan yang lebih terperinci. Penyelidik telah menemuduga secara terperinci 8 orang responden di sekitar wilayah Pattani Thailand. Temuduga dijalankan dalam bahasa Melayu Kelantan. Temuduga ini telah dirakamkan dan ditranskripkan ke dalam verbatim. Data telah dianalisis dengan membentuk tema yang didabati daripada data. Kajian ini menunjukkan bahawa 1) pondok dapat memberi kesan ke atas ilmu agama, ibadat, akhlak, budaya dan cara berfikir; 2) sambutan masyarakat amat menggalakkan dan 3) keunikan pondok ialah agama. Implikasi kajian dibincangkan berdasarkan kepada hasil penemuan yang diperoleh. Penyelidik juga mengemukakan beberapa cadangan yang sesuai dan berguna bagi kajian pada masa hadapan. Kajian ini telah memberikan maklumat berguna untuk memahami permasalahan pondok dalam pembangunan belia, seterusnya dapat membantu dalam memperkemas pendekatan pembangunan belia seluruhnya.