Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja di Sekolah Menengah

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Program Keusahawanan Remaja yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia serta meninjau sejauh mana program ini berjaya memberi pendedahan perniagaan serta memupuk budaya keusahawanan dalam diri pelajar. Selain itu, kajian ini juga merupakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman, Norasmah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9275/1/FPP_2002_1_.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Program Keusahawanan Remaja yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia serta meninjau sejauh mana program ini berjaya memberi pendedahan perniagaan serta memupuk budaya keusahawanan dalam diri pelajar. Selain itu, kajian ini juga merupakan satu usaha untuk mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang diperlukan oleh sesebuah program untuk berjaya. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan Struktur Penilaian Hammond sebagai asas untuk membentuk kerangka kerja konseptua1 kajian. Struktur ini berfokuskan kepada dimensi pengajaran, dimensi institusi dan dimensi tingkah laku. Dimensi pengajaran merangkumi pembolehubah seperti kaedah pengajaran, kemudahan dan kursus; sementara, dimensi institusi mencakupi individu yang terlibat dengan program iaitu pelajar dan penceramah, pensyarah program, dan dimensi tingkah laku pula merupakan dimensi pencapaian matlamat program dari segi pencapaian tingkah laku kognitif, afektif dan kompetensi pelajar/peserta. Sampel kajian terdiri daripada 309 pelajar Program Usahawan Muda (PUM) dan 130 pelajar Program Tunas Bistari (PTB). Seterusnya, pengumpulan data dibuat dengan menggunakan instrumen soal selidik, ujian dan temu bual dari segi kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, Cronbach Alpha dan Kuder Richardson-20 (KR-20) telah digunakan Data-data dianalisis dengan menggunakan ujian MANOVA, korelasl Pearsons dan regresi berganda pada aras kesignifikanan p<O 05 Secara umumnya, kajian menunjukkan tahap keberkesanan program yang memuaskan apabila PUM menerima min keberkesanan sebanyak 2227 (sp= 1295) dan PIB pula dengan min 2194 (sp= 1271) Walau bagaimanapun, nilai sisihan piawai menunjukkan PIB mempunyai sebaran skor yang lebih homogenous berbanding dengan PUM ini bermakna walaupun min keberkesanan PUM lebih besar, tetapi secara individu PIB mempunyai tahap keberkesanan yang lebih baik kerana kebolehubah skor mereka lebih kecil. Namun begitu, jika ditinjau secara terperinci kajian menunjukkan PUM menerima pencapaian tingkah laku kognitif dan afektif yang lebih baik berbanding PIB kecuali dalam tingkah laku kompetensi.