Kajian Silang-Budaya: Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Ukuran Inventori Pengalaman dalam Perhubungan Intim dan Aplikasinya daripada Aspek Etnik dan Gender

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Inventori Pengalaman dalam Perhubungan Intim (IPPJ) secara silang-budaya dalam konteks Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan antara stail perapatan mengikut etnik dan gender. Subjek kajian terdiri daripada 3...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Lee, Kuok Lee
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2002
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9287/1/FPP_2002_12.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Inventori Pengalaman dalam Perhubungan Intim (IPPJ) secara silang-budaya dalam konteks Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan antara stail perapatan mengikut etnik dan gender. Subjek kajian terdiri daripada 360 orang pelajar Master dan Ph.D yang sekurang-kurangnya pernah melalui pengalaman romatik dari Fakulti Pengajian Pendidikan di sebuah universiti tempatan yang dipilih secara rawak berlapis. Daripada 360 subjek kajian, seramai 228 adalah pelajar perempuan dan 132 adalah pelajar lelaki. Mereka adalah terdiri daripada 238 pelajar Melayu, 95 pelajar Cina dan 27 pelajar India. Kebolehpercayaan dan kesahan kandungan item-item dan skala dalam IPPI telah diuji melalui analisis item. Kesahan gagasan inventori juga diuji melalui analisis faktor dan analisis faktor pengesahan. Walaupun dapatan kajian menunjukkan pekali kebolehpercayaan yang tinm tetapi analisis item menerangkan kekurangan kesahan kandungan dalam beberapa item. Hasil kajian yang berhubung dengan kesahan gagasan inventori tersebut adalah pelbagai. Analisis faktor yang memaparkan kewujudan dua set item di mana sebahagiannya menyokong struktur faktor dan saranan dua dimensi perapatan seperti yang dicadangkan oleh pengasas inventori. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa item tidak dimua tkan secara menonjol dalam dua dimensi tersebut.Keputusan ini bercanggah dengan teori perhubungan asal di kalangan faktor-faktor dalam inventori menggunakan warga Malaysia. Kesukaran bahasa juga ditunjukkan dan ia didapati berkaitan dengan beberapa masalah kesahan.