Persepsi Pelajar Terhadap Guru Kaunseling dari Perspektif Pelbagai Budaya

Kajian ini menganalisa persepsi pelajar tentang hubungan antara budaya guru kaunseling dengan faktor-faktor membantu, dan tahap keyakinan, keselesaan dan kepercayaan terhadap guru kaunseling. Definisi budaya yang lebih luas diaplikasikan dalam kajian ini, dengan mengambil kira pembolehubah demogr...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Zubir @ Salim, Azlizamani
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2002
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9330/1/FPP_2002_22.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini menganalisa persepsi pelajar tentang hubungan antara budaya guru kaunseling dengan faktor-faktor membantu, dan tahap keyakinan, keselesaan dan kepercayaan terhadap guru kaunseling. Definisi budaya yang lebih luas diaplikasikan dalam kajian ini, dengan mengambil kira pembolehubah demograflk, status dan etnografik. Faktor-faktor membantu termasuklah keberkesanan guru kaunseling, cara mereka menolong, kecekapan, tahap kesediaan untuk menolong sifat memahami, kerajian dan keikhlasan. Seramai 242 orang pelajar dan tiga buah sekolah, iaitu SM Sn Serdang, SM Sn Kembangan, dan SM Seksyen 18 Shah Alam, telah diminta berkongsi persepsi mereka di dalam kajian deskriptif ini, menggunakan borang soal-selidik. Statistik deskriptif dianalisa dan hasil kajian menunjukkan persepsi adalah relevan dengan objektif kajian. Pembolehubah yang digunapakai dalam definisi budaya dilihat mempunyai kaitan dengan faktor membantu dan juga tahap keyakinan, keselesaan serta kepercayaan pelajar terhadap guru kaunseling.