Satu Tinjauan Tentang Motif Penglibatan Pelajar Sekolah Menengah Dalam Aktiviti Fizikal di Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah Darul Aman

Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengenal pasti motif penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dan juga untuk mengetahui sejauhmanakah tahap aktiviti fizikal pelajar-pelajar di Daerah Kulim/Bandar Baharu. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik Participation Motivation Questio...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ang, Ha Loon
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 2002
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9347/1/FPP_2002_33.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengenal pasti motif penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dan juga untuk mengetahui sejauhmanakah tahap aktiviti fizikal pelajar-pelajar di Daerah Kulim/Bandar Baharu. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik Participation Motivation Questionnaire (PMQ)(Gill, Gross, & Huddleston, 1983) dan soal selidik Model Peringkat Perubahan (Prochaska & DiClemente, 1983). Responden terdiri daripada 343 orang pelajar (174 lelaki; 169 perempuan) di Daerah Kulim/Bandar Baharu. Untuk mengetahui tahap aktiviti fizikal dan mengenal pasti motif penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal, penyelidikan ini akan cuba menjawab tiga persoalan kajian iaitu: Sejauh manakah tahap aktiviti pelajar sekolah menengah dalam aktiviti fizikal di Daerah Kulim/Bandar Baharu? Model Peringkat Perubahan (Prochaska & DiClemente, 1983) digunakan untuk menjawab persoalan pertama. Hasil kajian menunjukkan model ini berjaya menentukan tahap aktiviti pelajar di Daerah Kulim/Bandar Baharu. Pelajarpelajar tatah digolongkan kepada dua kumpulan iaitu golongan aktif (peringkat aksi dan peringkat memelihara) dan golongan sedentari (peringkat prakontemplasi, peringkat kontemplasi dan peringkat persediaan). Model peringkat perubahan ini dapat menunjukkan golongan aktif dalam aktiviti fizikal adalah rendah. Hasil kajian juga menunjukkan responden lelaki lebih aktif berbanding golongan perempuan dalam penglibatan aktiviti fizikal. Apakah motif penglibatan di kalangan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti fizikal di Daerah KulirnlBandar Baharu? Penggunaan soal selidik PMQ (Gill et al., 1983) digunakan untuk menjawab persoalan kedua. Melalui ana lisa kekerapan, hasil kajian menunjukkan motif kemahiran dan motif kecergasan fizikal sebagai motif yang utama dalam menjalankan aktiviti fizikal, diikuti oleh motif penggabungan dan motif atmosfera berpasukan. Manakala motif yang kurang penting ialah motif pembebasan tenaga dan motif statuslpengiktirafan. Ujian-t menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap motif pembebasan tenaga, dengan nilai t = 3.667. p<.05.