Penggunaan Teori Psikologi Individu Sebagai Panduan Memahami Tingkah Laku Penagih Dadah

Bukan senang untuk memahami psikologi manusia. Suatu teori yang signifikan dan menyeluruh perlu digunakan sebagai panduan untuk mendalami psikologi individu. Kajian ini mempercayai bahawa teori Psikologi Individu boleh memberikan penjelasan dalam memahami tingkah laku individu. Kajian ini menfoku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ooi, Boon Keat
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9352/1/FPP_2003_1.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bukan senang untuk memahami psikologi manusia. Suatu teori yang signifikan dan menyeluruh perlu digunakan sebagai panduan untuk mendalami psikologi individu. Kajian ini mempercayai bahawa teori Psikologi Individu boleh memberikan penjelasan dalam memahami tingkah laku individu. Kajian ini menfokus kepada penggunaan teori Psikologi lndividu terhadap pemahaman gaya hidup dan minat sosial di kalangan penagih dadah. Lantaran itu, teori Psikologi Individu juga akan menerangkan secara etiologi tentang tingkah Iaku penagihan dadah individu. Kaedah yang digunakan ialah penyelidikan kualitatif. Maka, kajian yang dijalankan ini merupakan kajian kes yang mendalam dan menyeluruh tentang interaksi psikologikal terhadap tingkah laku individu. Kajian ini berbentuk fenomenologikal berdasarkan pengalaman dan espresi perasaan individu dalam tingkah laku penagihan dadah. Penganalisisan data secara analisis kandungan dijalankan untuk penghuraian konsep Psikologi Individu. Dapatan kajian menunjukkan penerangan melalui analisis gaya hidup dan minat sosial individu dalam tingkah laku menagih dadah berdasarkan teori Psikologi Individu. Kajian ini telah menerapkan teori Psikologi Individu ke dalam komuniti penagihan dadah yang terdiri daripada individu yang unik dan berbeza walaupun mempraktikkan tingkah laku yang sama iaitu penagihan dadah. Dalam konteks pemulihan tingkah laku penagihan dadah pula, ciri pendekatan teori Psikologi Individu yang boleh menjelaskan secara keseluruhan tentang gaya hidup dan minat sosial adalah memang selari dengan keperluan dalam perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi. Ini juga sebagai satu langkah usaha yang dapat menyumbangkan pengetahuan tentang tingkah laku penagihan dadah serta berkecenderungan ke arah penagihan semula selepas menjalani program pemulihan. Akhir kata, implikasi kajian ini akan menyumbang kepada profcsion perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi dalam program pencegahan dan pemulihan bagi aktiviti penagihan dadah di konteks Malaysia.