Hubungan Kepuasan Bekerja Guru Sukan dan Kokurikulum Dengan Persepsi Guru Terhadap Stail Kepemimpinan Guru Penolong Kanan HEM

Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kepuasan bekerja di kalangan guru-guru sukan dan kokurikulum. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepuasan bekerja guru sukan dan kokurikulum dengan persepsi guru terhadap stail kepemimpinan Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Mu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: E, Kim Hock
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9355/1/FPP_2003_5.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kepuasan bekerja di kalangan guru-guru sukan dan kokurikulum. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepuasan bekerja guru sukan dan kokurikulum dengan persepsi guru terhadap stail kepemimpinan Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik di Melaka. Seramai 242 orang guru dan empat orang Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) dari empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik di Melaka yang terlibat dalam aktiviti sukan dan kokunkulum telah dlgunakan sebagal sampel dalam kajian Ini Dua set borang soal selidlk telah digunakan. Satu set kepada guru-guru dan satu set pula kepada Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid). Borang soal selidik untuk guru-guru terdiri dari 14 item mengenai maklumat diri guru, 25 item mengenai kepuasan bekerja guru dan 29 item mengenai stail kepemimpinan Guru Penolong Kanan (HaJ Ehwal Murid). Manakala, borang soal selidik untuk Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) terdiri dari 13 item mengenai maklumat diri. Data-data statistik dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, ujian-t, ANOVA dan ujian korelasi Pearson. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan bekerja bagi aspek pendorong di kalangan guru-guru adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap kepuasan bekerja bagi aspek persekitaran kerja dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Secara keseluruhannya, tahap kepuasan bekerja di kalangan guru-guru sukan dan kokurikulum adalah tinggi atau positif. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kepuasan bekerja antara guru lelaki dan perempuan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum serta pengalaman terlibat dengan aktiviti sukan dan kokurikulum. Sebaliknya, terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kepuasan bekerja guru berdasarkan penglibatan dalarn aktiviti sukan dan kokurikulum sarna ada pilihan sendiri atau diarahkan.