Tingkahlaku Delinkuen di Kalangan Mahasiswa Universiti

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penglibatan Mahasiswa Universiti Multimedia dalam tingkahlaku delinkuen. Fokus kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor yang dominan yang mempengaruhi mahasiswa dalarn tingkahlaku delinkuen. Seterusnya, kajian ini juga ingin mengenalpasti sarna ada ter...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abdul Majid, Zamzuri
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2003
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9356/1/FPP_2003_6.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penglibatan Mahasiswa Universiti Multimedia dalam tingkahlaku delinkuen. Fokus kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor yang dominan yang mempengaruhi mahasiswa dalarn tingkahlaku delinkuen. Seterusnya, kajian ini juga ingin mengenalpasti sarna ada terdapat perbezaan tingkahlaku delinkuen berdasarkan kampus yang berlainan, jantina, fakulti, bangsa, agama, latar-belakang tempat tinggal, status sosio-ekonomi keluarga dan status hubungan keluarga. Perkaitan antara tingkahlaku delinkuen dengan masa mengakses internet, jenis maklumat yang diaksesfaktor keluarga, nilai keagarnaan, lokus kawalan diri dan rakan sebaya juga di ambilkira. Sampel kajian terdiri daripada 667 orang Mahasiswa Universiti Multimedia, Kampus di Melaka dan di Cyberjaya. Pemilihan sarnpel dibuat secara rawak bertingkat. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. manakala analisis min, frekuensi, Ujian-t, ANOVA Satu-hala dan Koefisyen Korelasi digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penglibatan Mahasiswa MMU dalam tingkahlaku delinkuen berada pada tahap rendah. Berdasarkan skor min kajian mendapati penglibatan tertinggi Mahasiswa MMU adalah bagi tingkahlaku delinkuen kurang sopan dan yang paling rendah adalah gejala musnah. Terdapat perbezaan tingkahlaku delinkuen kekemasan diri antara Kampus di Melaka dan di Cyberjaya. Terdapat perbezaan yang signifikan tingkahlaku delinkuen berdasarkan kampus, jantina, bangsa, agama, fakulti, latar-belakang tempat tinggal dan status hubungan ibubapa, tetapi sebaliknya bagi status sosio-ekonomi tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tingkahlaku delinkuen. Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan signifikan positif yang lemah antara tingkahlaku delinkuen dengan masa mengakses internet dan lokus kawalan luaran. Sebaliknya, terdapat perkaitan signifikan negatif yang lemah antara tingkahlaku delinkuen dengan faktor keluarga, nilai agama dan lokus kawalan. Di samping itu, kajian ini juga mendapati iaitu terdapat perkaitan signifikan positif yang sederhana hubungan tahapnya antara faktor rakan sebaya dan mengakses maklumat porno dengan tingkahlaku delinkuen.