Budaya Kerja dan Kaitannya dengan Profesionalisme Pengamal Kerja Belia
Kajian ini bertujuan menentukan profil pengamal kerja belia, menentukan tahap profesionalisme dan budaya kerja serta menentukan hubungan di antara budaya kerja dengan profesionalisme pengamal kerja belia di Malaysia. Kaedah tadbir sendiri dan pos telah digunakan dalam kajian ini. Penentuan saiz s...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9417/1/FPP_2009_19.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan menentukan profil pengamal kerja belia, menentukan tahap
profesionalisme dan budaya kerja serta menentukan hubungan di antara budaya kerja
dengan profesionalisme pengamal kerja belia di Malaysia. Kaedah tadbir sendiri dan pos
telah digunakan dalam kajian ini. Penentuan saiz sampel ditentukan melalui jadual saiz
sampel Krejcie & Morgan (1970). Seramai 813 orang pengamal kerja belia dipilih
sebagai sampel kajian. Pengumpulan data kajian ini menggunakan borang soal selidik
dengan mengaplikasikan penggunaan Skala Likert. Skala budaya kerja (McKeown, 2008)
mengandungi 19 item manakala skala profesionalisme (Chisholm, Cobb, Duke,
McDuffie & Kennedy, 2006) mengandungi 28 item untuk mengukur profesionalisme
pengamal kerja belia di Malaysia. Analisis data menggunakan program SPSS versi 14.0. Kajian ini menunjukkan majoriti pengamal kerja belia di Malaysia mempunyai tahap
budaya kerja dan profesionalisme yang tinggi. Hasil analisis korelasi menunjukkan
terdapat korelasi signifikan di antara (bimbingan, sokongan & keterbukaan) dengan
profesionalisme. Budaya keterbukaan menunjukkan korelasi yang positif dan sederhana
dengan profesionalisme (FO.531). Analisis regresi pelbagai kaedah (enter) telah
dilakukan untuk menentukan faktor penyumbang yang banyak mempengaruhi
profesionalisme pengamal kerja belia di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga
peramal (bimbingan, sokongan dan keterbukaan) mempengaruhi profesionalisme
pengamaI kerja belia. Kajian ini mencadangkan agar badan kerajaan (Kementerian Belia
& Sukan) serta badan bukan kerajaan berusaha merangka strategi Iatihan dan kemajuan
kerja yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme dan budaya kerja setiap
pengamal kerja belia. Bagi kaj ian yang akan datang, perlulah mengambilkira elemen
yang menyumbang kepada profesionalisme pengamal kerja belia sepertimana yang
dicadangkan. |
---|