Kerangka Kerja Konsep untuk Pembangunan Sistem Persidangan Video Berorientasi Objek
Tesis ini membincangkan suatu kajian tentang pembangunan suatu perisian Persidangan Video (PV) melalui pendekatan orientasi objek (OO). Pendekatan OO adalah merupakan satu pendekatan pembangunan perisian yang mana ianya dapat menggantikan kaedah-kaedah pembangunan perisian tradisional. PV adalah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1998
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9445/1/FSAS_1998_33_A.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tesis ini membincangkan suatu kajian tentang pembangunan suatu perisian
Persidangan Video (PV) melalui pendekatan orientasi objek (OO). Pendekatan OO
adalah merupakan satu pendekatan pembangunan perisian yang mana ianya dapat
menggantikan kaedah-kaedah pembangunan perisian tradisional.
PV adalah merupakan bahagian utama dalam CSCW (Computer-Supported
Cooperative Work) dan perisian kumpulan (groupware). PV ada1ah merupakan suatu
sistem yang membolehkan komunikasi audio, video dan teks secara dua hala dalam masa sebenar. Dalam tesis ini, satu kerangka kerja konsep pendekatan OO dalam reka
bentuk PV dibincangkan secara mendalam. Pelaksanaan prototaipnya yang dikenali
sebagai PutraCom juga diberikan. PutraCom adalah perisian PV berasaskan komputer
peribadi yang menggunakan Windows 95. Visual Basic Versi 4 dan Intel ProShare
Developers Kit digunakan sebagai alat pembangunan perisian.
Prestasi PutraCom juga telah dilaksanakan. Ciri utamanya adalah berasaskan
pada kadar bingkai video untuk sambungan titik ke titik dalam LAN. Protokol
komunikasi yang digunakan ialah Protokol Kawalan Pengangkutan dan Protokol
Internet (TCPIIP). Alat pembangunan perisian juga dinilaikan untuk memastikan
sarna ada alat ini memenuhi kepeduan pendekatan reka bentuk OO.
Kajian ini telah menunjukkan bahawa pendekatan reka bentuk OO (PROO)
adalah bersesuaian untuk pembangunan PV. PROO juga mengurangkan kerencaman
dalam reka bentuk. |
---|