Sifat Morfologi Buluh, Dendrocalamus Asper (Schultes F.) Backer Ex Heyne dan Perkaitannya dengan Faktor Edafik Terpilih di Bahagian Sri Aman, Sarawak

Sifat morfologi buluh, Dendrocalamus asper (Schultes f.) Backer ex Heyne dan perkaitannya dengan faktor edafik terpilih telah dikajikan di lima kawasan di bahagian Sri Aman, Sarawak. 96 plot telah disetkan di kawasan kajian berkenaan. Kedua-dua ciri-ciri fizikal dan kimia edafik termasuk pH, kan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jong, Lip Khiong
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9543/1/FSAS_2003_13_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sifat morfologi buluh, Dendrocalamus asper (Schultes f.) Backer ex Heyne dan perkaitannya dengan faktor edafik terpilih telah dikajikan di lima kawasan di bahagian Sri Aman, Sarawak. 96 plot telah disetkan di kawasan kajian berkenaan. Kedua-dua ciri-ciri fizikal dan kimia edafik termasuk pH, kandungan nitrogen, jumlah fosforus, kalsium tertukarkan, magnesium tertukarkan, kalium tertukarkan, natrium tertukarkan, kelembapan, kandungan bahan organik, ketumpatan pukal dan tekstur telah ditentukan melalui analisis makmal. Keputusan menunjukkan bahawa tekstur tanah adalah pasir-Ioam, min bagi pH, kandungan nitrogen, jumlah fosforus, kalsium tertukarkan, magnesium tertukarkan, kalium tertukarkan, natrium tertukarkan, kelembapan, kandungan bahan organik, ketumpatan pukal masing-masing adalah 5.20±0.05, 0.23±0.01%, 269.50±17.00 mgr¹, 1.43±0.18 cmol/kg, 0.91±0.06 cmol/kg, 0.30±0.01 cmol/kg, 0.10±0.02 cmol/kg, 14.26±0.61%, 9.51±0.42% dan 1.00±0.03 gcm⁻³.