Kajian Persepsi Guru Menggunakan Ekosistem Bakau Sebagai Sumber Pendidlkan Alam Sekitar di Sekolah Menengah

Konsep alam sekitar mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara hasil resolusi dan matlamat Dasar Pendidikan Negara pada tahun 1979. Aspek pendidikan alam sekitar telah dipelajari melalui beberapa mata pelajaran tertentu tanpa matlamat dan objektif yang jelas dan pengajaran subjek berkaitan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahmood, Nor Aznan
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9574/1/FSAS_2003_32.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konsep alam sekitar mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara hasil resolusi dan matlamat Dasar Pendidikan Negara pada tahun 1979. Aspek pendidikan alam sekitar telah dipelajari melalui beberapa mata pelajaran tertentu tanpa matlamat dan objektif yang jelas dan pengajaran subjek berkaitan dengan hutan bakau adalah amat terbatas. Memupuk kesedaran tentang kepentingan, keperluan dan fungsi sosial ekosistem hutan bakau perlu ditekankan supaya dapat memelihara dan mengurusnya dengan pengurusan mapan. Penerapan pendidikan alam sekitar mengenai ekosistem bakau ke dalam kurkulum akan dapat melahirkan individu dan masyarakat yang mungkin bersikap positif terhadap alam sekitar dalam kehidupannya. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah guru sekolah menengah menerapkan kemahiran proses sains dalam pengajaran pembelajaran pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum dan menjawab soalan-soalan tentang kepentingan penerapan pendidikan alam sekitar, pengetahuan, minat, sikap dan pendapat guru dalam penerapan kemahiran alam sekitar. Kajian ini dijalankan melalui soal selidik dengan melibatkan 530 orang guru sains dari enam zon iaitu zon utara, timur, barat, tengah, selatan dan zon Sabah/Sarawak