Sistem Bantuan Pembinaan Kamus Berasaskan Pangkalan Data Teks Bebas

Sebuah kamus bukan sahaja berguna untuk memberikan maklumat tentang makna dan penggunaan perkataan, tetapi juga dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama ten tang perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Bidang perkamusan amat luas kerana ianya meliputi pelbagai subdisiplin dalam bidang linguistik...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Abdullah, Muhamad Taufik
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1992
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9626/1/FSKTM_1992_1_IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Sebuah kamus bukan sahaja berguna untuk memberikan maklumat tentang makna dan penggunaan perkataan, tetapi juga dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama ten tang perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Bidang perkamusan amat luas kerana ianya meliputi pelbagai subdisiplin dalam bidang linguistik termasuklah semantik, sintaksis, morfologi dan sebagainya. Dalam proses pembangunan kamus, penyusunnya pedu menjalankan penyelidikan dan mempunyai kepakaran di dalam pelbagai subdisiplin tersebut. Tesis ini membincangkan hasil penyelidikan pengkomputeran yang berkaitan dengan bidang perkamusan. Kajian yang dijalankan melibatkan pengkomputeran sebahagian proses pembinaan kamus sebagai satu pendekatan untuk mempercepat dan memudahkan penyusunan kamus. Hasil yang diperolehi ialah algoritma bagi proses analisis morfologi perkataan bahasa Malaysia. Sebuah perisian komputer yang dinamakan Sistem Bantuan Pembinaan Kamus (SBPK) juga dibangunkan untuk membantu ahli leksikografi menjalankan tugas penyusunan kamus bahasa Malaysia. Sistem ini menggabungkan kemudahan untuk melaksanakan analisis morfologi, penentusahan perkataan, capaian teks daripada pangkalan data teks be bas dan penyuntingan teks. Dengan bantuan sistem ini, dijangka dapat mempercepat dan memudahkan kerja pembinaan sesebuah kamus berbanding dengan kaedah manual yang sedia ada.