Sistem Kripto Luc Untuk Pengesahan Aplikasi Telnet

Tesis ini membincangkan perbandingan antara dua sistem kripto kunci awam iaitu sistem kripto Rivest-Shamir-Adleman, RSA dan sistem kripto berasaskan fungsi Lucas, LUC. Perbandingan dibuat untuk aspek-aspek pelaksanaan dan keselamatan. Bagi aspek pelaksanaan, proses penjanaan kunci kriptografi, p...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Sibo, Siti Jauyah
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1999
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9631/1/FSKTM_1999_6_IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tesis ini membincangkan perbandingan antara dua sistem kripto kunci awam iaitu sistem kripto Rivest-Shamir-Adleman, RSA dan sistem kripto berasaskan fungsi Lucas, LUC. Perbandingan dibuat untuk aspek-aspek pelaksanaan dan keselamatan. Bagi aspek pelaksanaan, proses penjanaan kunci kriptografi, penyulitan, penyahsulitan, tandatangan digital dan pengesahbetulan tandatangan digital dikaji. Bagi aspek keselamatan pula, kriptanalisis yang telah diterbitkan daripada segi protokol pelaksanaan dan ketakbolehramalan penjana nombor rawak RSA dan LUC dikaji. Jujukan nombor rawak yang dihasilkan oleh penjana sistem kripto RSA dan LUC telah dikaji dan dibandingkan dengan menggunakan kaedah jelmaan Fourier. HasH eksperimen menggunakan sehingga enam digit modulus menunjukkan kedua-dua penjana nombor rawak RSA dan LUC mempunyai ciri yang hampir sarna. Dengan itu kedua-dua sistern kripto tersebut mempunyai tahap kekriptografian yang agak setara. Sistern kripto LUC dipilih sebagai algoritrna kriptografi untuk membangunkan prototaip sistem pengesahan aplikasi telnet dalam persekitaran sistem pengoperasian Linux. Prototaip yang dibangunkan menyediakan sistern pengesahan dua hala. Semasa sidang pengesahan, tantangan nombor rawak yang dijana oleh pengesah betul dikaitkan dengan pengecam pihak pendakwa. Pihak pendakwa akan menjana tandatangan digital ke atas tantangan sebagai kiriman balas sidang berkenaan. Untuk mengesah betul tandatangan digital, pihak pengesah betul akan menggunakan kunci awam yang berkaitan dengan pengecaman pihak pendakwa. Jika kunci awam tersebut berjaya mengesah betul tandatangan digital pada tantangan tersebut, maka pihak pendakwa adalah sah.