Sistem Penilaian Prestasi Dari Aspek Faktor Kejayaan Kritikal (FKK)

Kajian ini adalah untuk menentukan Faktor Kejayaan Kritikal (FKK) dalam melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi (SPP) berkomputer di Jabatan Polis Diraja Malaysia. FKK ini adalah merupakan satu metod analisis situasi yang dilakukan dengan memungut dan menganalisis maklumat mengenai sesuatu bisnes...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohamed, Nordin
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2001
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9663/1/FSKTM_2001_9_IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini adalah untuk menentukan Faktor Kejayaan Kritikal (FKK) dalam melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi (SPP) berkomputer di Jabatan Polis Diraja Malaysia. FKK ini adalah merupakan satu metod analisis situasi yang dilakukan dengan memungut dan menganalisis maklumat mengenai sesuatu bisnes atau projek bagi menentukan kedudukannya samada berada pada landasan yang betul dan memuaskan demi mencapai kejayaan. Model untuk kajian ini adalah merupakan satu penSlan aplikasi SPP yang digunapakai dan diuji oleh 34 orang pegawai di Ibu Pejabat Polis Bukit Arnan secara dalam talian menerusi terminal komputer di pej abat masing-masing. Data-data kajian diperolehi daripada pegawai-pegawai ini dengan menggunakan borang soal-selidik. Data tersebut telah dianalisis dengan menggunakan kaedah Skala Likert. Beberapa kategori FKK telah diperolehi daripada kajian ini seperti FKK yang dikemukakan oleh responden, FKK aplikasi yang hendak dilaksanakan, FKK dari aspek sikap dan penerimaan pengguna terhadap aplikasi SPP berkomputer dan FKK dari aspek rangkaian komputer semasa dalam PDRM. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membuktikan bahawa aplikasi yang berinovasi seperti SPP berkomputer akan diterima dengan mudah oleh pegawai-pegawai PDRM apabila dilaksanakan. Didapati juga bahawa pengalaman lampau pegawai yang mengisi borang penilaian prestasi POL. 1 60 secara konvensional akan dapat menyenangkan proses pelaksanaan SPP nanti. Kajian ini juga menekankan bahawa sistem rangkaian komputer yang selamat adalah perlu untuk menjaga kerahsiaan maklumat SPP yang disimpan di dalam pangkalan data sistem komputer tersebut.