Penggunaan bahasa dan identiti bahasa pelajar Melayu Brunei di Sabah
Bahasa merupakan medium utama untuk menyerlahkan identiti bahasa masyarakat, khususnya golongan muda. Penggunaan bahasa ibunda dalam komunikasi seharian secara tidak langsung memperlihatkan sikap penutur terhadap bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan pengg...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98237/1/FBMK%202020%2051%20-%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bahasa merupakan medium utama untuk menyerlahkan identiti bahasa
masyarakat, khususnya golongan muda. Penggunaan bahasa ibunda dalam
komunikasi seharian secara tidak langsung memperlihatkan sikap penutur
terhadap bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk
menghuraikan penggunaan dan tahap penguasaan bahasa pelajar Melayu
Brunei di Sabah serta merumuskan hubungan antara sikap dengan identiti
bahasa mereka. Reka bentuk kajian ini menggabungkan pendekatan kuantitatif
dan kualitatif. Kaedah tinjauan dan lapangan digunakan dalam pengumpulan
data. Data kemudiannya dianalisis dengan menggunakan Teori Analisis Domain
Fishman (1965) dengan menumpukan kepada domain rumah dan domain
sekolah. Model Identiti Bahasa (Rezaie, 2013) pula digunakan untuk mengenal
pasti semangat kekitaan, sikap terhadap sebutan, bahasa dan status sosial,
penggunaan bahasa lain, pengetahuan bahasa dan abjad. Mankala, Senarai
Swadesh (2013) digunakan untuk mengenal pasti pemilihan kosa kata pelajar.
Responden terdiri daripada 56 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Membakut II. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu Brunei lebih
kerap menggunakan bahasa Melayu Brunei dalam domain kekeluargaan dan
domain pendidikan. Bahasa Melayu standard pula digunakan sebagai kod
variasi tinggi dalam konteks formal. Berdasarkan Model Identiti Bahasa, tahap
penguasaan bahasa Melayu Brunei pelajar perempuan lebih tinggi berbanding
pelajar lelaki. Manakala, hubungan antara sikap dengan identiti bahasa lebih
memihak kepada bahasa Melayu Brunei berbanding dengan bahasa Melayu
standard. Korelasi antara sikap terhadap bahasa Melayu Brunei dengan identiti
bahasa pelajar menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana
antara sikap terhadap bahasa ibunda dengan identiti bahasa. Nilai -.480
mewakili hubungan linear negatif mutlak, iaitu apabila sikap terhadap bahasa
ibunda menurun, identiti bahasa pun menurun. Keputusan juga menunjukkan
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap terhadap bahasa Melayu standard dan identiti bahasa dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, ia
menunjukkan perkembangan yang positif bagi daya hidup bahasa Melayu
Brunei sebagai bahasa ibunda. Tiga faktor yang menyumbang kepada
pemeliharaan bahasa Melayu Brunei ialah demografi, sikap terhadap bahasa
ibunda dan kesamaan agama. Secara keseluruhannya, pelajar Melayu Brunei
masih menggunakan bahasa Melayu Brunei dalam domain tertentu dan
mempunyai perkaitan yang rapat dengan identiti bahasa. |
---|